Alangkah leganya dapat tayang n3 hari ini walaupun agak terlambat...macam kura-kura lak kan..hihik....tak mengapalah, janji dapat sampai....
Oklah, masa ni tengah hujan lebat serta kilat kat tempat dayang. Nasib baiklah ada line lagi ni. Tadi mmg tak sempat nak blogging sb busy ngan hal-hal lain. Jadi, kalau terputus hubungan masa ni, faham2 jelah yer....heheh.
Semalam dyg buat daging masak merah. Bukan yang ala2 Thai tu. Masak merah versi sendiri dgn sentuhan bahan2 rempah dan daun ketumbar. Memang lazatlah rasanya...
Selepas ni bolehlah buat lagi. Jika ada sesiapa berminat nak cuba resepi ni, cnp lah resepi ni yer tapi jgnlah ter'cnp' gambarnya sekali....heheh...Oklah, masa ni tengah hujan lebat serta kilat kat tempat dayang. Nasib baiklah ada line lagi ni. Tadi mmg tak sempat nak blogging sb busy ngan hal-hal lain. Jadi, kalau terputus hubungan masa ni, faham2 jelah yer....heheh.
Semalam dyg buat daging masak merah. Bukan yang ala2 Thai tu. Masak merah versi sendiri dgn sentuhan bahan2 rempah dan daun ketumbar. Memang lazatlah rasanya...
Bahan-bahan :
- 200 gm daging rebus (dihiris nipis)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- sedikit daun ketumbar (dihiris)
- 4 sudu makan cili kisar
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sk kicap pekat
- 2 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
- 5 biji bwang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sm halia
- Tumis bahan2 mesin serta serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. Tumis lagi hingga garing.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika. Barulah dimasukkan daging. Gaulkan.
- Masukkan daun ketumbar, madu dan asam gelugur. Perasakan dgn garam jika perlu.
- Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato.
- Setelah kuahnya agak pekat, bolehlah ditutupkan api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih