Tuesday, October 27, 2009

Bubur Kacang Hijau & Durian

Petang tadi sempat juga buat bubur kacang hijau & durian. Memang dh lama pun x masak. Durian pun dh nak habis musim. Nasib baiklah dapat jumpa yang 5 biji rm10. Tu pun dpt saiz S. Jadilah dp x dpt langsung. Yang bestnya, walaupun dapat yg kecik2 tapi boleh tahan gak sedapnya.

Bila nampak durian ni teringat lak kat kampung halaman. Macam2 jenis durian boleh dapat dan murah sangat2 selain rasanya yg enak...tapi tak boleh nak dibandingkan harga di bandar. Memanglah mahal. Dulu kalau kat kampung dyg, sebijik durian harganya rm1 sahaja. Itupun msh gak nak tawar-menawar..hehe....

Bubur durian dan kacang hijau ni rasa2 ramai yang dh tau resepinya, kan. Jadi, tak perlulah rasanya nak letak resepi. Lagipun, main agak-agak tangan je ni..hehe... antara bahan2nya ialah kacang hijau, durian, daun pandan, gula melaka, garam, sedikit sago, gula pasir dan santan.

2 comments:

  1. tgh musim durian ke..??? tak nmpak pun durian kat jb ni! nak kena cari lah.

    ReplyDelete
  2. dah nak abih musim kak...ni kira last kopek...heheh

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih