Thursday, October 01, 2009

Ayam Masak Bali

Sekarang ni kelam kabut sikit nak tayang menu. Biasanya dapat tayang setiap hari...tapi memandangkan byk lagi menu yg dah lepas belum masuk n3, so kena ikut turnlah dulu yer...hehe..

Ayam ni dimasak 2 hari lepas. Masakan Indonesia ni tak pernah mengecewakan. Memang sedap dan kena dgn citarasa...hehe...seperti biasa dlm versi sendiri dgn sukatan bahan tersendiri....nak cakap apa lagi???...sedap sgt2 sampai nasik pun bertambah2....cuma satu je problem ni....berat dah semakin meningkat...baru bbrp hari lepas perasan setelah pengkritik utama memberi komen yang tak brp sedap didengar.....tak lain tak bukan ialah suamiku sendiri....hmmm...so, lepas ni kenalah berdiet...kalau tak, forsure kena kutuk lagi....


Apa2pun...layan je tayangan amal ni (pinjam kata2 Lina_pg....heheh)..............


Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • garam secukupnya
cara-cara : gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap selama 1 jam sebelum digoreng hingga masak.

Bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sb cili kering kisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb kicap masin
  • 1/2 cawan susu cair @ santan
  • 1 keping asam gelugur (boleh juga guna air asam jawa)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam dan gula jika perlu
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, daun pandan dan rempah sehingga terbit bau.
  2. Masukkan kerisik dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap manis, kicap masin dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan susu cair/santan dan asam gelugur.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan rata2. Perasakan garam dan gula jika perlu. Setelah kuahnya agak pekat atau kering, bolehlah diangkat dan hidangkan.
***boleh juga guna kicap pekat instead of kicap cair utk menggelapkan lagi warnanya.

4 comments:

  1. nmpak pun dh tau sedap!! dah update resipi nanti, boleh try!!!

    ReplyDelete
  2. adoi gambooooo... menyelerakan. tak sabo tggu resipi bukak myresipi,com.. tp dorangnyer cam kaler itam jek...

    ReplyDelete
  3. kak ain..thanks...dyg update nanti yer...

    ReplyDelete
  4. noorcahaya : die org guna kicap pekat...dyg guna kicap biase je sb tu x brp gelap..tu pun dh gelap sebenarnya, bila amik gambar nampak x jelas lak..so, dyg terangkan sikit..barulah nampak..heheh..adoii, panjangnya explanation.. :D

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih