Gembira sungguh hari ni dapat parcel dari kakak. Antara barang-barang kiriman ialah 1 bungkus kacang ma iaitu sejenis herb/jintan atau nama saintifiknya ialah "Leonurus Sibiricus L"...lebih kurang adik beradik jintanlah. Tengok gambar kat bawah ni...sekali pandang mcm daun oregano, kan...tapi sebenarnya ialah kacang ma. Tang mana ntah kacangnya tak taulah...mmg namanya mcm tu. Inilah sejenis herb yg dicampurkan ke dalam masakan ayam dyg hari ni. Kalau tak silap masakan ni asalnya daripada masyarakat Hakka yang dipanggil 'Ka Ciam Ma' (correct me if i'm wrong). Dulu dyg pun ingat kacang ma ni ialah sejenis kekacang...rupa2nya Tipah tetipu, bang! Tipah tetipuu!...huhu...
Dah dapat eksesori ni, bolehlah masak dgn ayam. Rindu dendam habis nak makan ayam kacang ma nih!...walaupun agak jemu makan ayam, tapi tekak ni still dpt nak telan dgn adanya kacang ma. Memang sedap sangat2 dimakan dgn nasi putih. Very aromatic. Rasanya ada sedikit pahit tapi pahitnya taklah melekat di tekak. Lagipun dah di'modified' dgn campuran halia dan sedikit kunyit, jadi kuranglah sikit pahitnya.
Cara memasaknya pun diambil kira juga. Semakin lama dimasak, semakin sedaplah rasanya. Bagi ibu2 yang dh bersalin tu mmg sesuailah makan masakan ayam ni during confinement. Khasiatnya sangat bagus utk memulihkan kesihatan dalaman. Inilah salah satu menu berpantang dyg ketika bersalin dulu. Tapi sebelum tu, kakak pun curious gak. Die tanya "napa tetiba mengidam nak kacang ma ni?? Kau ada isi lagi ke ni?? ke kau miscarriage???...heheh...mengidam angin jer. Mana tau lepas mengidam ni ada isi pulak. Mudah-mudahan lah kan...heheh...

Kacang ma sgt baik untuk melancarkan perjalanan darah, sistem kardiovaskular dsb. Pendek kata, ia memang sesuai utk perubatan.
Ok, inilah resepi ringkas Ayam Kacang Ma yang diolah dalam versi sendiri. Jika ada sesiapa yang belum pernah mencuba atau tak tau mcm mana nak masak ayam dgn kacang ma, bolehlah cuba resepi ringkas ini. Kalau ditanya kat mana nak dapatkan herb ni bagi yang berada di luar kawasan Sarawak, itu dayang tak pastilah kan... mungkin ada dipasarkan di Semenanjung M'sia, mungkin dijual secara kecil-kecilan shj atau sudah dikomersialkan secara besar-besaran. Cuba2lah cari kat market kalau ada. Wallahualam....
Bahan-bahan : untuk seorang makan
- 200 g isi ayam (dipotong kiub atau ikut suka)
- 3 sudu makan kacang ma
- 80 g halia muda
- 1/2 sk serbuk kunyit
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
- 1/2 sk serbuk lada sulah
- sedikit garam dan gula
- Kisar halia bersama air 1/2 cawan dan tapiskan airnya (jangan dibuang airnya). Kemudian goreng halia tadi sehingga kering barulah dimasukkan kacang ma dan goreng lagi hingga warnanya keperangan. Kemudian tumbuklah kedua-dua bahan tadi hingga halus.
- Di dalam kuali, panaskan minyak. Masukkan ayam, serbuk kunyit, kacang ma dan halia. Kacau untuk beberapa minit dan masukkan air halia.
- Setelah ayam masak, masukkan garam, gula dan lada sulah. Biarkan kuahnya pekat barulah diangkat dan dihidangkan.
apakah pantang larang semasa membuat ayam kacang ma??
ReplyDelete@MirzA
ReplyDeletetak ade pantang larang dlm membuat ayam kcg ma ni..just ikut resepi serta langkah2nya jer. tq yer sudi bertanya.
mane nak dpt atau beli kacang ma nie yer? ader ke jual kat giant atau mane yer?
ReplyDeleteklo nk order kacang ma ni blh call/sms sy - 0122932864 sarah harga 1 pek = RM3.50 shj. blh masak 4x masak..
ReplyDeleteayam kacang ma ni memang sedap kalo mkn time panas2...
ReplyDelete