Monday, August 24, 2009

Kacang Panjang Tumis Telur

Sayur kacang kegemaran ni memang sedap dimakan time panas2. Siap meratah lagi tu...best sgt2!!...


Bahan-bahan :
  • sedikit kacang panjang (dihiris)
  • sedikit lobak merah (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdt udang kering
  • 1 biji telur
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos tiram
  • minyak utk menumis
Cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk dan udang kering hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan telur. Kacau 10 saat. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaulkan dan akhir sekali masukkan kicap. (jika kurang masin boleh tambah kicap masin atau garam).

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih