Sunday, July 19, 2009

Ikan Kukus dan Sambal Kicap

Salam....selamat beriadah dan berehat pd hujung minggu!....Terima kasihlah krn teman2 masih setia bersama dayang walaupun agak sibuk kebelakangan ni. Thanks again...ok, menu ikan kukus ni dyg masak 2 hari lepas. Terlupa nak upload. Nasib baik sempat posing...hehe.

Ikan kukus ni mmg salah satu favorite dayang. Ringkas tapi sedap. Guna ikan kembung. Tapi kalau xde, dayang akan guna ikan mabong.

Ini pulak sambal kicapnya. Memang sedaplah makan dgn nasi panas. Makan sejenis lauk ni pun boleh mengasyikkan...

Bahan-bahan :
  • ikan kembung (dibersihkan)
  • halia
  • bawang putih
  • garam
Cara-cara : Panaskan pengukus. Tumbuk sedikit separuh dp halia dan bawang putih dan gaulkan bersama ikan dan garam. Perapkan sebentar. Baki halia dan bawang putih tadi dihiris dan ditabur ke atas ikan. Kemudian dikukus selama 4-5 minit shj (selepas kukus, tutupkan api. biarkan ikan masak sendiri di dlm pengukus)

Sambal kicap : bawang besar(dihiris), kicap manis, cili padi(dihiris), 1 ulas bawang putih (ditumbuk), garam, dan limau kasturi. Gaulkan kesemuanya.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih