Thursday, July 30, 2009

Honey Prawns II

Sejak resepi HP diperkenalkan di seluruh dunia, ramai gak yang sudi mencubanya dan dapat feedback yang positive. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 kepada yang telah mencuba resepi ini dan sanggup menghantar report ke MYR...i'm speechless. Thank you so much.....

Oleh kerana dah lama memendam rasa sejak bbrp minggu ni, maka dyg sekali lagi masak HP utk hari ini. Hasrat utk berhenti makan udang buat sementara waktu terpaksa dilupakan sebab dah tak tahan dgn segala godaan. Dah namanya peminat udang, mana boleh tahan...betul x?..heheh

Hari ni posinglah puas2 yer cik udang... Top model katakan....

O ya, resepi HP ni ada beza sedikit dgn resepi HP sebelum ni. Cuma ada penambahan dari segi bahan dan juga teknik memasaknya. Of course la rasanya tetap sedap kalau ikut selera tekak ni lah...hehe.


Bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sk rempah 5
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, kapsikum
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain.
  4. Hidangkan setelah masak.
***untuk tidak menjejaskan mutu rasanya, udang hendaklah digoreng(samada separuh masak atau goreng hingga masak/garing) atau direbus sedikit(jika xnk goreng) sebelum dimasak dgn kuahnya. Selamat mencuba!

4 comments:

  1. dayang, baru2 ni k.nor buat HP kali kedua, letak daun ketumbar gak! yummy sgt

    ReplyDelete
  2. kak Nor : dyg tau kak nor repeat lagi..heheh. thanks kak.

    ReplyDelete
  3. Memang tip top HP neh.. ramai betol peminat rsipi nie... :)

    ReplyDelete
  4. blogresipi : tq...bila nak cuba?...heheh..

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih