Satu lagi n3 yg sempat ditayang kat sini. Nyaris2 kena ngap. Pas tu baru teringat nak snap pic. Sebab tu lah nampak tak terurus je, kan?...hehe. Kek ni amat mudah dari segi penyediaannya. Ala2 sponge gitu tapi rasanya ada sedikit chewy. Sesuai utk hidangan minum petang atau dimakan bila2 masa shj.
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 3 biji telur gred AA (atau 4 biji telur A)
- 2 sk pandan emulco
- 3/4 cawan gula halus
- Lengserkan loyang dgn mentega dan taburkan sedikit tepung (elok lapik dgn kertas minyak supaya kek mudah dikeluarkan).
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana.
- Pukul telur sebiji dgn kelajuan sederhana. Kemudian masukkan sebiji lagi dan pukul lagi. Ulangi sehingga habis. Kemudian pukul dgn 'high speed' sehingga kembang.
- Tuangkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga betul2 kembang dan putih.
- Masukkan pandan emulco dan pukul lagi sehingga sebati.
- Ayakkan tepung sedikit demi sedikit ke dlm adunan dan kacau dgn cara kaupbalik.
- Tuangkan adunan ke dlm loyang dan tutup dgn kertas foil.
- Kukus selama 45-50 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih