Wednesday, July 29, 2009

Daging Lada Hitam

Ini pun menu semalam. Kalau makan daging lada hitam ni...confirm tido malam tak rasa sejuk...dayang ni mmg tak suka sejuk sgt pun. Kalau boleh tido malam nak guna kipas jer tapi hubby lak terasa panas. Terpaksa guna aircon. Itupun dayang estimate 25C jer. kalau bawah dari tu sure xleh tido... terasa duduk dlm peti ais je..huhu. tapi bila dah makan benda2 berempah ni, barulah dapat tido lena walaupun suhu 17C.

hehe...meleret2 pulak...ok, daging masak lada hitam ni mmg best dan menyelerakan...resepinya pun simple shj...cuma daging ni nak kena rebus dulu lah. Selepas itu, barulah dihiris nipis2 sebelum dimasak berkuah.

Bahan-bahan :
  • 300 gm daging (direbus sampai empuk dan dihiris nipis2)
  • 2-3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • cili benggala secukupnya(dihiris)
  • daun ketumbar/daun sup (dihiris)
  • 1/2 sudu makan jus lemon
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • garam dan gula jika perlu
  • sedikit tepung jagung (dibancuh dgn air)
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging dan kicap manis. Kacau sebati.
  3. Masukkan cili padi, jus lemon dan cili benggala. Kacau lagi.
  4. Masukkan daun ketumbar/daun sup. Jika kurang masin atau manis, boleh masukkan gula dan garam. Akhir sekali, masukkanbancuhan tepung jagung dan gaulkan rata2.
  5. Setelah masak, hidangkan panas2.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih