Thursday, June 11, 2009

Otak-Otak Kukus Bakar dan Sambal Udang Kering

Salah satu unexpected menu hari ni. Ikan tenggiri yang dah lama dudok dlm esbok..kenalah masak sblm expired walaupun anak2 x brp suka. Hmmm,.. Hubby suka sgt beli ikan ni tapi makan lak bukannya selalu. Die asyik bz ngan keje sampai lewat mlm x kiralah hari Sabtu ke Ahad ke, die tetap keje. What to do....

So, hari ni dgn idea serba pelik, terciptalah satu resepi Otak-Otak kukus bakar dgn sambal udang kering. Mana ntah dpt idea ni...janji sedap. Otak-otak ni dyg kukus terlebih dahulu, pas tu bakar. Kalau xnak bakar pun xpe, kukus pun sedap gak(cam yang dlm gambar atas dan bawah ni) kalau ikut selera tekak nilah....

Selalunya time puasa, dyg akan beli yang dh siap panggang tu. Mmg sedaplah. Hubbylah yang perkenalkan otak-otak ni. Nasib baiklah lidah ni jenis versatile...kalau x, xde maknanya....hehe...tapi kali ni try buat sendiri dgn versi sendiri,...lagilah terangkat!.....

Kepada yang berminat, bolehlah mencuba resepi ni. Kalau x minat, cuci mata jer...hehe.

Bahan-bahan :
  • 250 gm isi ikan tenggiri (dikisar sedikit)
  • 1/2 cawan santan
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 2 biji telur C
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit garam dan gula.
Cara-cara : gaulkan kesemua bahan dan tuangkan ke dlm acuan (atau ikutlah kreativiti sendiri). Kemudian kukuslah sehingga masak. Selepas itu, bolehlah dibakar lebih kurang 15 minit dgn suhu 180C.

Sambal Udang Kering (jika suka)

Bahan :
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga kering. Masukkan sedikit gula, garam dan air asam jawa.

***kalau nak bubuh sambal udang kering, pastikan otak-otak tu tawar sedikit. Takut nanti terlebih masin...itu jer....

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih