Monday, June 15, 2009

Kailan dan Tofu Lembut Bersos Tiram

Salam....maaflah terlambat update. Bz sikit. Ape2pun aktviti memasak ttp berjalan seperti biasa. Ni lah antara menu masakan dyg hari ni...sayur kailan digabungkan dgn egg tofu. Simple jer ni. Malas nak fikir dah. Lagipun sayur kailan ni dh nak layu, sayang lak kalau x dimasak. Jadi, dyg ikut resepi sendiri, yg penting sedap.

Bahan-bahan :
  • sedikit sayur kailan
  • 1 bungkus egg tofu
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 biji cili api
  • 1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Cara-cara : Kukuskan sayur dan egg tofu sehingga masak. Ketepikan. Sementara itu, panaskan 1 sudu makan minyak di dlm periuk. Tumis bwg putih hingga perang. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masukkan cili api dan akhir sekali masukkan tepung jagung. Setelah masak, hidangkan bersama kailan dan egg tofu td dan hiaskan dgn bawang goreng jika suka.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih