

- 250gm mentega/marjerin
- 3/4 cawan gula caster
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan pisang yg dilecek
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
- 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
Cara-cara :
- Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
- Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
- Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
- Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
- Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
- Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih