gambar ni diambil ketika menyambut hari jadi anak bongsu dayang yg ke-4 tahun pd bulan Disember lepas.
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 10 ketul kepak ayam
- 3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh)
- 1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak)
- ½ biji lemon (ambil jusnya)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sdt garam & gula
- 1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
Cara-cara
- Ayam dicuci dan dilap bersih dengan tisu kertas. Kelarkan sedikit kepak ayam dengan pisau (supaya cepat masak di bahagian isi dalamnya apabila dibakar).
- Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas di dalam satu bekas dan tutup kemas dengan kertas foil. Perap selama 2 jam atau semalaman.
- Panaskan oven dgn suhu 200°C. Sediakan dulang utk membakar ayam. Lapikkan dulang tersebut dengan kertas foil dan dilengser sedikit minyak. Susun kepak ayam di dalamnya. Bakar selama 20 minit.
- Kemudian keluarkan dulang dr oven lalu dikaupbalikkan ayam tersebut. Renjis2kan sedikit dgn baki bahan perap td. Bakar lagi selama 20-30 minit atau tunggu sehingga masak(bergantung pd jenis oven)
- Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili/mayonis/dressing salad.
- ***kepak ayam ini boleh dimasak cara bakar, gril dan goreng (cara perapan tetap sama)
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih