Sunday, October 23, 2011

Tenggiri Masak Kicap


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Aci tak kalau tepek resepi je dan xyah cakap apa2??...tapi mana ada org kesah kan..hehe. DJ kan sejak dua menjak ni hampir2 dan nyaris2 nak brenti blogging. Akceli dah buat announcement pun di FB baru2 ni. Byk sgt penyebabnya sehingga membuatkan hati ni rasa tersentuh teramat2 tapi biarlah DJ simpan utk diri sendiri. Bak kata Dato' CT, 'biarlah rahsia....'...hehe...Apa2pun atas dorongan dan sokongan moral dari rakan2 blogger masakan yg lain, DJ nampaknya kena berfikir sedalam2nya sebelum meneruskan niat nak bersara ni. DJ amat sayangkan blog yg dah hampir 3 tahun bertapak biarpun merangkak agak perlahan...low profile katakan...hehe. Memang byk pengalaman pahit dan manis dirasai. Kerana pengalaman2 itulah yg menjadikan diri DJ dan DapurKu SaYang spt skrg ni. 

Terima kasih kpd semua pembaca yg sudi mengikuti perkembangan dan juga menerima blog ini sebagai teman di kala kekeringan idea untuk mencari resepi dan sebagainya. Terima kasih yg tak terhingga kerana menerima DapurKu SaYang seadanya. Yalah, blog yg serba kekurangan ni kan....kadang2 ada org suka, kdg2 ada yang tak suka. Tapi  x mengapalah. Sekurang2nya ada manafaatnya kan. Yang penting, hati kena tulus dan ikhlas samada si empunya resepi mahupun si pembaca/pengikutnya. Dengan itu, barulah apa yg kita lakukan lebih bermakna di samping mendapat keberkatanNya. Bila dah ada kesedaran ni, DJ pun dgn seikhlas hati nak teruskan juga karya DJ selagi  boleh bernafas dan selagi mampu untuk bertahan...InsyaAllah. Yang berlalu, biarlah berlalu. Fikirkan hari ini dan esoknya pulak. Semoga diri ini sentiasa tabah dan diberikan kekuatan....Amin. 

Hehe..panjang plak ceritanya ek....marilah kita kembali ke pangkal jalan(pinjam ayat siapa plak nii..hehe)..mana tadi eh? Ooo pasal menu hari ni. Barulah ada kesempatan nk menulis resepinya. Masakan yg biasa2 je ni. Mudah tapi sedaaaapp! Ikan tenggiri menjadi pilihan kali ni. Kalau ada ikan kembong atau ikan tongkol pun sedap gak dimasak stail gini. 

Jom kita semak resepinya....

Tenggiri Masak Kicap
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : 3-4 orang makan
  • 4 ketul ikan tenggiri (dibersihkan)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
cara-cara : Gaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan 15 minit. Kemudian digoreng tetapi jangan terlebih masak atau digoreng terlalu lama. Angkat dan toskan. 

bahan-bahan perencah :
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • sedikit kicap manis
  • 2 sudu makan cili giling/cili kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit sos cili thai/sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali atau tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili thai/sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan pula garam, gula dan asam gelugur. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta bawang besar. Kacau mesra. 
  5. Apabila kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api dan hidangkan.


Rindu kek lapiss???...hehe...nanti DJ update resepi baru ye. Tungguuuu....

15 comments:

  1. sedapnyaaaa ikan tenggiri tuh...kecur...
    alaaa...jgnlah pencen DJ...k.gee suka tgk kek lapis yg cantek dan sedap tu...

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    sedap ni, kicap2 feveret En. Hubby ^_^

    ReplyDelete
  3. semoga terus kuat ya, DJ..

    tenggiri masak kicap tu sedap makan dengan nasi panas2 ek... aduh! Dah terliurrrrrrr

    ReplyDelete
  4. wahhh tukar wallpaper baru la dapur ku sayang ni.. cantik! terima kasih kerana keep on blogging.. mmmuah!

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum kak Dayang..
    Janganlah stop berblogging.. Nanti susah la nak tgk2 resepi2 baru dr akak..
    Kak, smlm gi pasar. Tgk ikan tenggiri dan ikan merah.. Harga ikan merah dan tenggiri ni boleh tahan gak mahalnya. So kena pilih salah satu je lah.. Amik le ikan merah wat sup sbb hubby dah lama tak makan katanya.
    Naz pun suka ikan tenggiri masak mcm ni.. Bestnya kak. Rasa manis dan pedas..

    ReplyDelete
  6. Waaa...tenggiri masak kicap..sedap tu..my fav..

    ReplyDelete
  7. adoiii...sodap lak nampak tenggiri kicap ni...lapar nasik trussss

    ReplyDelete
  8. @Gee®
    mekasih kak krn sudi singgah...InsyaAllah.. tak kot. cume dh semakin lemau rasanya...hehe

    ReplyDelete
  9. @Zack Zachoes

    w'salam...

    samalah dgn rmh akak ni...kalo hari2 msk kicap pun x jemu kan...hehe

    ReplyDelete
  10. @Sari Yusa Ibrahim

    terima kasih...Alhamdulillah...dgn adanya sokongan rakan2 siber ni bersemangatlah sket...hehe

    ReplyDelete
  11. @K.Nor
    sama2 kak..hehe. akak suke wallpaper ni eh? dyg dh lm simpan bunga ni dlm folder dh 2 tahun dah tp baru skrg nk upload...hehe

    ReplyDelete
  12. @Naz / Nadz COSK
    W'salam Nadz...

    Alhamdulillah...stkt ni akak keep on blogging je. kalau dah lemau, akak stop dulu. kdg2 x cukup masa nk mengadap lappy ni kan...kalau dulu, ade maid, senang sket keje akak..boleh mengadap lappy hari2, update hari2..tp skrg...adehh..penat plak rasanya...akak kene tunggu bdk2 masuk tido barulah dpt nk menulis n3...hehe

    ikan merah buat sup tu dh lm gak akak x buat...sedap tu. Ikan tenggiri ni kalau buat stail gini mmg best!

    ReplyDelete
  13. @cida

    mmg sedap sgt...tp x cukup plak masak 4 ketul...lain kali kene masak sekor sb semua suke....hehe

    ReplyDelete
  14. suka sgt makan ikan masak kicap.. tambah2 lg ikan tenggiri.. makan ngan nasi putih panas.. mmg sedap!

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih