Tuesday, October 11, 2011

Kek Lapis Kembang Melati (kukus)

Gambar kek ni mmg dah agak lamaaaa tersimpan dlm folder. Baru sempat nk update resepi. Inilah satu-satunya gambar yg ada sb yg lain2nya dah ter'deleted' dgn tak sengaja...

Setiap kali DJ buat kek ni pasti DJ akan tringat-ingat kat adik lelaki( adik angkat yg juga sebenarnya sepupu DJ). Kalau nak buat kek ni kena buat 2 loyang sekaligus sebab yg seloyang lagi tu nak bagi khas utk dia sorang je. Entah kenapa, katanya kek nilah yg paling sedap dan menepati seleranya berbanding dgn kek2 Srwk yg lain. Dia boleh habiskan kek ni dalam satu masa. Mmg x percaya kan...tp tu lah hakikatnya...hehe.

Resepi kek ni sudah diolah semula dengan menggunakan sukatan gram. Kalau tengok resepi asalnya rasa2 ramai yg akan keliru. Nak buat pun x berani agaknya..ekeke. Masa DJ mula2 buat kek ni dulu pun mmg agak nervous rasanya  sb pertama, tak faham resepi...dan keduanya, takut tak kembang mcm mak dan mami selalu buat. Tp Alhamdulillah...berkat kesabaran dan juga semangat serta dorongan dp mak n mami, akhirnya berjaya juga buat kek ni. Sukaaa sangat!

Kek Lapis Kembang Melati
resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : Loyang 7" x 7"

Lapisan A :
  • 200 g mentega berkualiti tinggi
  • 7 biji putih telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 150 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 g susu pekat manis
Lapisan B :
  • 200 g mentega berkualiti tinggi
  • 100 g gula merah atau gula kastor
  • 7 biji kuning telur
  • 100 g tepung gandum
  • 100 g susu pekat manis
  • 200 g coklat masakan (dicairkan)
  • 250 g red dates/kurma merah (dicincang halus/kisar/tumbuk) - DJ tumbuk dan kisar sampai halus
  • 3 sudu besar browning sugar/gula hitam (atau 1 sudu besar coklat emulco dan pewarna coklat) - sila ke link DI SINI untuk rujukan cara-cara membuat browning sugar/gula hitam.
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dengan mentega di sekelilingnya.

Lapisan A : 
  1. Putih telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
  2. Di dalam mangkuk adunan yg lain, pukul mentega sampai putih dan barulah dimasukkan pula susu pekat manis, esen vanilla dan tepung . Putar sebati.
  3. Satukan kedua-dua adunan tadi dan kacau hingga betul-betul sebati.

Lapisan B : 
  1. Kuning telur dipukul bersama gula merah sampai hancur. Masukkan mentega dan putar hingga sebati. Masukkan pula susu, gula hitam, coklat cair dan buah kurma/red dates. Kacau rata-rata.
  2. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
Cara melapis :
  1. Kukuslah selapis demi selapis dimulakan dengan lapisan A (2 senduk) dan kemudian lapisan B (3 senduk).
  2. Setiap lapisan dikukus selama 10-20 minit bergantung pada ketebalan lapisannya. Setelah habis melapis, kukus lagi hingga 30 minit atau sehingga kek betul-betul masak.
  3. Setelah masak, keluarkan kek dr pengukus dan sejukkan seketika sblm dipotong.

Nota dan peringatan:
**Sediakan telur gred A 7 biji dan asingkan putih dan kuningnya untuk dibuat lapisan A dan B.
**Gunakan telur yang fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor utk mendapatkan kek yg lbh lembut dan sedap.
**Untuk lapisan A, pukul telur hingga betul2 kembang jika ingin mendapat hasil yg terbaik.
**Sekiranya air kukusan berkurangan, sila tambah air panas. 
**Kek ini tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

UPDATE :
satu lg gambar kek Kembang Melati (menggunakan buttercup) yg dah agak lama tersimpan dlm blog ini. Gambar di atas menggunakan mentega SCS. Nampak sgt beza dari segi teksturnya.


22 comments:

  1. mcm best jer.. nanti ade mase nk cubalah..

    ReplyDelete
  2. Waaaah dgr citer Dayang ni sampai adik lelaki tu gemar betuiii, mst sedap ni kan...sebab org lelaki jarang suka kek2 lapis ni ek...Harus kena buat nih, alaa, kurma ada ke x lg nih...kena cari dulu..ganti dgn lain ok x Dayang, prun ke,masam lak kang ek....hehe

    ReplyDelete
  3. Waaa..cantek kek lapinya...mo mintak sepotong tapi jauh la pulak...tengok2 je la..

    ReplyDelete
  4. kemas sungguh lapisan kek lapis dayang ni...kagum E-na tengok...e-na nak try buat tp kat sini xde browning sugar n choc emulco...lagi satu takut x jadi...

    ReplyDelete
  5. cantik sungguh kek ni. terpegun...

    ReplyDelete
  6. Hi DJ. Good recipe, cuma 7 bj telur. KAlau rajin nanti boleh lah Along cuba. Kat Miri ni tak nampak pun SCS butter....

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Dj...kemas elok lapisan kek lapis ni. sy kek lapis mmg tak pass...

    ReplyDelete
  8. salam Dj.. wah!! cantik kek lapis nie..tengok bahan2nya mcm mudah aje..kalau rajin nanti zana pun nak mencubanya insya`allah. tkasih krn share resepi nie...

    ReplyDelete
  9. @hajar

    bl2 masa je boleh cube...mekasih :)

    ReplyDelete
  10. @Ummi

    dr dulu sampai skrg adik x penah jemu mkn kek ni. mmg sedap sgt rasa kek ni kak. dyg suke buat je kek2 lapis ni..mkn tu sikit2 je. hehe.

    boleh je kalau nk campur dgn prune, rasanya nanti ade masam manis le kan..hehe.

    ReplyDelete
  11. @rahel

    kalaulah duduk dekat, boleh je...hehe. xpe lerr..nanti2 kalau dh ready bole le buat sendiri kan3x...:)

    ReplyDelete
  12. @E-na Lovely Kitchen

    tq E-na...browning sugar tu boleh buat sendiri. try le nanti ye. kek ni mmg x rugi dicuba. :)

    ReplyDelete
  13. @HomeKreation

    thanks Along. guna mentega lain pun ok...no problem... :)

    ReplyDelete
  14. @Mamasya

    w'salam...

    mekasih...
    xpe...boleh cube slow2...lama2 ok la tu kan...hehe

    ReplyDelete
  15. @Zana~Sweet Rose

    w'salam...

    mekasih ye sudi singgah. kek ni mmg senang je nk buat. telur pun x pakai byk. boleh la try bl2 free nanti ye. tq

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum kak Dayang..
    Kek lapis kembang melati pulak dah.. Ish kak dayang ni.. Asyik menggoda jer tau dgn kek2 lapis dia..
    Cantik kek akak..

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum kak DJ,

    hehe, cantik kek akak..sy belum rajin nk buat kek2 jenis ni, masih M lagi bab2 melapis ni ^_^ hehehe..

    ReplyDelete
  18. kak, cantiknya layer kek ni...terbaik..bila la nak rajin melapis ni yer..:)

    ReplyDelete
  19. Mcm sedap kek kak dayang ni...tq , nanti saya nk pinjam resepi ya..tq...lupa juga nk inform...saya dh letakkan link blog kak dayang dlm blog saya..senang nk cilok resepi...tenkiu lebiu...

    ReplyDelete
  20. Sedapnyer....si sabar mau try...

    ReplyDelete

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih