Showing posts with label sos bolognese. Show all posts
Showing posts with label sos bolognese. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Makaroni Bermayonis dan Sos Bolognese Mudah

Salam ceria!...
Hari ni tak ada entri masak2 lauk. Actually lunch tadi masak yg simple2 jer. Tak ada yg special. Cuma ptg tadi si Danial mintak buatkan makaroni bersos spagetti ni. Pada mulanya nak buat esok jer...tp dia insist gak nak makan ari ni, tak sampai hati lak nak kata tidak.

So, layan je lah resepi mudah makaroni utk anak2 nih...sukatan tak ada yer sb main campak2 jer. Tapi enak bangat!!

Hujung bulan ni tuan rumah berkemungkinan besar akan bercuti lagi dari dunia blogging. Mungkin nak 'quit' dah kot atas sebab2 tertentu. Just wait and see how it goes. Keputusan belum muktamad lagi...hehe.

Jom kita makan! ....

Makaroni Bermayonis

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • makaroni 
  • butter
  • garam
  • mayonis
Cara-cara : Rebus makaroni bersama sedikit garam sehingga ala dente. Kemudian ditoskan. Gaulkan rata-rata bersama butter dan mayonis.


Sos Bolognese Mudah

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • isi ayam/daging (dicincang) @ minced beef/chicken
  • puri tomato
  • bawang besar (dihiris dadu)
  • bawang putih (dicincang)
  • chicken ball 
  • tomato (dipotong dadu)
  • butter / minyak zaitun / minyak masak
  • sedikit oregano
  • sedikit lada sulah
  • sos cili
  • sos tomato
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara : Panas butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga perang. Kemudian masukkan tomato puri, isi ayam/isi daging, tomato dan sedikit air. Kacau hingga mendidih. Masukkan chicken ball, sos cili, sos tomato, daun oregano dan lada sulah. Kacau lagi. Akhir sekali perasakan dgn garam  dan gula jika perlu. Setelah masak, hidangkan panas2 bersama makaroni.