Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Baked Macaroni

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua...

Apa khabar? Dah semestinya hari minggu masa utk berehat, beriadah dan  bersantai bersama yg tersayang kan...DJ tak ke mana-mana hari ni hr ni. Lagipun mr hubby berada di luar kawasan. Duduk lepak je lah kat rmh. Tu pun xleh nk melepak sgt, byk benda nak kena uruskan. Salah satunya adalah menyiapkan entri tertunggak termasuklah entri baked macaroni ni...dah lama sgt duduk dlm folder. Skrg masanya nk 'clear' segala gambar yg x penting. Byk sgt nanti semakin sarat plak netbook ku nk loading...huhu. 

Ok, makaroni bakar ni dah mmg agak lama DJ buat. Bila dah nampak gambar2nya td, syg plak kalau di 'delete'. DJ update je lah kat sini. Menu ni menggunakan bahan-bahan yg simple je. Tak ltk daun oregano sb anak2 x brp gemar. Dgn bhn2 yg agak terhad, dgn kata lain, tak cukup bahan, DJ buat jelah dgn penuh kasih sayang....Alhamdulillah....anak2 kata sedaaaapp!...habis licin!!. 

Kalau nak resepi boleh guna resepi Baked Pasta. DJ mmg akan sentiasa menggunakan resepi yg sama. Sgt sedap dan menepati citarasa keluarga. Boleh dihidangkan pd bila2 masa je. Bagi penggemar pasta, mesti takleh tahan nengok menu ni kan...hehe.


Friday, June 24, 2011

Baked Pasta


Assalamualaikum dan salam Jumaat!...

Ptg smlm terfikir nk buat pai ayam. Tapi kekurangan stok plak...alahai, bilalah agaknya nk buat ni eh...mengidam mengalahkan org pregnant lagi tu...hehe. Finally, buat jelah baked pasta. Yang ni pun dh agak lama jugaklah tak makan. Memang sedap sgt! Mcm biasa, kalau buat stail gini, mmg cepat laku. Nak buat pun senang sbnrnya walaupun kalau tengok resepinya cam complicated jer kan. Apa2pun masakan Itali ni mmg menyelerakan. Sangat2 sesuailah dihidangkan ketika bersarapan, minum petang, mkn mlm ataupun ketika nk bersahur. 

Resepi mcm biasa, versi sendiri, adjust sendiri...guna stok yg ada jer...adehh, terlupa plak nk ltk oregano. Tapi tetap sedap...kalau ada mushroom lg ler bertambah2 seleraku...huhu..alaa, byk mana jer nk makan, 1-2 slice cukuplah...tak leh mkn byk2, bahaya...hehe... selebihnya bdk2lah yg makan. 

Mari kita semak resepinya yer. Next time, DJ akan share resepi pai plak. Sesiapa yg berminat nk mencuba resepi ni, silakan. Memang tak rugi... :)


Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 


Time kita bako mmg semerbak jer bau harum cheese nya...bila makan...waduh2..like heaven!..lapo lah plak...

Sunday, June 19, 2011

Spagetti Marinara

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.....

hmm...terlambat plak nak tayang hidangan pagi tadi. Ini kes letrik tak ada. Nak online pun tak boleh. Mujurlah si pak guard dpt betulkan main power letrik. Sejam kemudian, barulah ada balik. Kalau tak, mmg ter'miss'lah rancangan Melodi...hehe.

Berbalik cerita psl menu pg tadi. Menu fav si boboy nih. Dari semalam lagi dia mintak buatkan. Terlupa plak nk beli minced beef. Last2 buat kuah marinara jer. Berpinggan2 gak dia habiskan...Alhamdulillah...tak sia2 masak satu peket spagetti. DJ guna spagetti yg halus2 tu sb kena dgn selera bdk2. Resepi pun mengikut citarasa keluarga. Ringkas dan sedap!

Hari ni buat masa ni lah hanya duduk lepak jer kat rumah sambil2 masak, layan TV, dan internet. Cuaca pun mendung jer dari pagi tadi. Nak hujanlah kot. Petang2 nanti kalau tak ada aral melintang, nak bwk bdk2 tu ronda2 KL. Apa2pun jom kita layan dulu resepi mudah ni yer. Terima kasih sudi singgah. Happy weekend & Happy Father's Day!


Spagetti Marinara
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • spagetti secukupnya (direbus ala dente)
  • bawang putih (dicincang)
  • puri tomato / sos bolognese
  • udang basah / sotong / kupang dll
  • tomato (dipotong dadu kecil)
  • bawang besar (dihiris dadu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak zaitun
  • daun oregano
  • serbuk lada hitam dan lada sulah
  • sos tomato (optional)
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Kemudian masukkan sos bolognese atau puri tomato. Kacau sebati.
  2. Masukkan udang dan bahan-bahan basah lain dan sedikit air. Kacau rata-rata. 
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. kacau lagi hingga kuahnya pekat.
  4. Tutupkan api. Siramkan kuah ke atas spagetti yang sudah direbus tadi. Hidangkan panas-panas. 



Friday, October 08, 2010

Today's special : Baked Pasta with Cheesy Baked Bean


Hari ni tuan rumah tak ada mood nak makan nasik. Anak2 pun sama. So, layan jelah makaroni sedap ni. Tetap mengenyangkan. 


Sedapnyaaaaaa!!!! 

Untuk resepi ni, bahan-bahannya lebih kurang jer dgn resepi lasagna. Bagi penggemar pasta, gerenti berselera   sb rasanya mmg sedap dan berkrim. Jom cuba!

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni 
  • 1 cawan pasta spirals 
  • 100 g minced chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju (Ayam Brand)
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
  • 1 sudu besar mentega
bahan sos putih :
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 slice cheesedale
  • sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
  1. untuk pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam  hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Tutupkan api.
  5. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dgn mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan. Kemudian, ratakan pula dgn kacang panggang di atasnya. 
  6. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dlm sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. Kacau hingga cair. barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  7. Tutupkan api dan tuangkan sos tadi di atas pasta dan ratakan. Taburkan keju parut dan oregano.
  8. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dgn suhu 160C.
***untuk sukatan dlm cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum. 

haa....inilah contoh sos spagetti yg digunakan utk membuat baked pasta. Ada mushroom... Best!



Wednesday, August 04, 2010

Fettucine Con Gamberli

Salam...
Hari ni tuan rumah tak makan nasik...tapi teringin lak nk buat fettucine udang yg sungguh mudah dan sodappp!...ni gara2 terbaca Harian Metro ler pagi tadinya...hehe. Memandangkan bahan2nya ada dlm simpanan, apa lagi terus jer bersilat ke dapur. Bagi yg meminati masakan Itali ni dah tentu suka. Walaupun resepi nampak simple tapi sungguh menyelerakan. Memang sesuailah bagi mereka2 yg sentiasa sibuk dgn kerja.

Jom layan resepi!...

Fettucine con Gamberli 

Sumber asal : Harian Metro, Ogos 2010

Bahan-bahan :
  • 4-5 ekor udang (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
  • 200 g pasta fettucine (direbus ala dente)
  • 3 sk minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih (dihiris dadu halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 1 sk serbuk cili
  • 2-3 helai daun selasih (tak letak)
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • tomato hirisan Itali (DJ gantikan dgn sos spagetti)
  • slice cheese (DJ tambah sendiri)
Bahan hiasan :
  • 1 sk keju parut
  • hirisan daun pasli
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih dgn api perlahan. Biar naik bau.
  2. Masukkan udang diikuti perencah lain termasuk cili, hirisan tomato Itali dan daun selasih. Perasakan dgn sedikit garam dan gula.
  3. Masukkan fettucine dan kacau hingga sebati. Jangan ambil masa terlalu lama.
  4. Setelah siap, hias dgn taburan keju dan daun pasli.
molto delizioso!

Saturday, July 17, 2010

Makaroni Bermayonis dan Sos Bolognese Mudah

Salam ceria!...
Hari ni tak ada entri masak2 lauk. Actually lunch tadi masak yg simple2 jer. Tak ada yg special. Cuma ptg tadi si Danial mintak buatkan makaroni bersos spagetti ni. Pada mulanya nak buat esok jer...tp dia insist gak nak makan ari ni, tak sampai hati lak nak kata tidak.

So, layan je lah resepi mudah makaroni utk anak2 nih...sukatan tak ada yer sb main campak2 jer. Tapi enak bangat!!

Hujung bulan ni tuan rumah berkemungkinan besar akan bercuti lagi dari dunia blogging. Mungkin nak 'quit' dah kot atas sebab2 tertentu. Just wait and see how it goes. Keputusan belum muktamad lagi...hehe.

Jom kita makan! ....

Makaroni Bermayonis

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • makaroni 
  • butter
  • garam
  • mayonis
Cara-cara : Rebus makaroni bersama sedikit garam sehingga ala dente. Kemudian ditoskan. Gaulkan rata-rata bersama butter dan mayonis.


Sos Bolognese Mudah

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • isi ayam/daging (dicincang) @ minced beef/chicken
  • puri tomato
  • bawang besar (dihiris dadu)
  • bawang putih (dicincang)
  • chicken ball 
  • tomato (dipotong dadu)
  • butter / minyak zaitun / minyak masak
  • sedikit oregano
  • sedikit lada sulah
  • sos cili
  • sos tomato
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara : Panas butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga perang. Kemudian masukkan tomato puri, isi ayam/isi daging, tomato dan sedikit air. Kacau hingga mendidih. Masukkan chicken ball, sos cili, sos tomato, daun oregano dan lada sulah. Kacau lagi. Akhir sekali perasakan dgn garam  dan gula jika perlu. Setelah masak, hidangkan panas2 bersama makaroni.

Thursday, February 25, 2010

Seafood Lasagna



Salam.....

Tuan rumah baru nak mengemas rumah. Kesian...dah beberapa terbiar....nak buat macam mana kan...byk hal lain yg perlu diutamakan terlebih dahulu. Jadi, kurang  sikitlah 'feel' nak belayar di alam maya dgn 'mood' yg tak berapa nak stabil...Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.

oklah, nak cerita sikittt jer pasal n3 kali ni, sebenarnya menu ni dah lama berlalu yer. Nasib baiklah sempat ambik gambarnya. Menu harian pulak kebanyakannya dah byk kali masuk n3. Tak ada yg special. Yang ni rasa2nya tak pernah lagi post kat sini....

Kalau nak cerita dari segi rasanya, memang sedap dan menyelerakan!!....kenyang dan tak perlu makan nasik dah lepas tu. Mula2 terfikir nk buat chicken/beef lasagna tapi malaslah...asyik2 ayam...asyik2 daging....akhirnya, bertukar pulak ke seafood....iaitu menggunakan isi udang.  Waduhh!!...enak bangat sih!!....

Sebenarnya kan belen kulit pastanya dah lama duduk dalam kabinet. Tu pasal ler nak kena perhabiskan...dah hampir menapause pun...skrg ni ada lg belen 3 keping(kulit pasta)...bila nak habis tak taulah...hehe

Resepi seafood lasagna ni adalah mengikut citarasa sendiri. Jika berminat, bolehlah mencuba.

Seafood Lasagna

Bahan A :
  • 4 keping pasta lasagna(dicelur)
  • sedikit udang basah (dicincang)
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
Bahan B:
  • 500 ml susu segar
  • 125 g tepung gandum
  • 150 g mentega
  • sedikit garam
Bahan hiasan :
  • cili benggala (dihiris dadu kecil)
  • sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
  • keju parut secukupnya
Cara-cara :
  1. Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
  3. Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
  4. Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
  5. Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
  6. Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut. 
  7. Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan. 

Terima kasih kerana sudi singgah dan kepada semua umat Islam yg berkunjung ke sini, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Friday, January 01, 2010

Makaroni dan Sos Bolognese


Dah beberapa hari anak2 request suruh buat makaroni dgn sos bolognese...barulah dapat buat pagi tadi. Nasib baiklah ada lebihan stok makaroni dan bahan2 yg sewaktu dgnnya. Buat masam2 manis...waduhh! suka bangat budak2 tu!!...Alhamdulillah...habis licin....



Resepi makaroni dan bolognese sauce ni rasa2 ramai yg dah tau buat, kan. Jadi tak perlu rasanya letak resepi di sini. Tapi kat dlm umah ni ada resepinya kalau tak silaplah...kalau rajin, carilah kat search box tu yer. Tapi kalau nak mintak dyg tuliskan resepinya di sini, silalah bg tau nanti.

Terima kasih atas kunjungan anda semua. Nanti dyg akan reply msg satu persatu.

Tuesday, December 08, 2009

Menu Petang.....merangkap makan malam

Fetuccini Carbonara with fried chicken slices

2 keping roti yg nak expired...sayang kalau terbuang. Jadi, kita panaskan sekejap roti ni, then sapu dgn planta, bubuh chicken slices tadi dan hiaskan dgn daun salad, sos cili dan mayonis..ala2 chicken mayo gitu....kemudian makaaan!!..Sedaaaaap!!!

Sunday, August 09, 2009

Makaroni Goreng

Malam ni tak makan nasik. Jemu agaknya. Jadi, dyg guna laluan alternatif dgn masak makaroni bergoreng. Buat sikit je tapi berselera gak jadinya sb ada asparagus. Jom makan!


Bahan-bahan :
  • 3/4 cawan makaroni (direbus hingga lembut)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sdt udang kering (ditumbuk)
  • 1 sdt sos tomato dan sos cili
  • sedikit sayur asparagus (dihiris)
  • sedikit hirisan cili merah
  • garam jika perlu
  • 1 sdt gula
Cara-cara : Panaskan sedikit marjerin/minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk dan cili kering hingga wangi. Masukkan sos tiram, asparagus, sos tomato dan sos cili. Kacau sebati. Kemudian masukkan makaroni, cili merah, garam jika perlu dan gula. Gaulkan.