Showing posts with label ganache. Show all posts
Showing posts with label ganache. Show all posts

Wednesday, September 01, 2010

Topping Coklat / Ganache (Resepi 1)


Tengah makan kek ni tadi tiba2 teringat kat somebody yg meminta dyg utk menulis resepi topping coklat atau ganache. Rasa2 dah 2 kali dia request. Cuma dyg x berkesempatan nk tunaikan permintaannya. Semoga dgn adanya resepi yg mudah ni dpt membantu yer. Sebenarnya, bab2 topping menoping coklat ni, dyg ikut stok yg mana ada jer. Janji menjadi. Kalau tak ada coklat masak, boleh guna coklat serbuk atau serbuk koko. Ada gak yg tanya, mcm mana nak jadikan topping tu sentiasa lembut dan tak keras walaupun disimpan dlm peti sejuk. Semuanya bergantung pada sukatan bahan yg digunakan dan teknik memasaknya. 

Ok, tak dpt nak ckp byk2. Ada kerja sedang menunggu....huhu. Dyg nk share salah satu resepi topping coklat yg biasa dyg guna utk menghias kek coklat atau puding. Topping ni walaupun dah sejuk tapi tetap lembut. Next time, dyg share resepi lain pulak yer.

Bahan-bahan : untuk kek saiz kecil
  • 100 g coklat masak (dipotong kecil2)
  • 125 ml susu segar/susu perisa coklat
  • 50 g butter (dipotong kecil2)
  • 4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!