Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Thursday, May 03, 2012

Serunding Daging


Kalaulah ada yg sudi nk hadiahkan DJ sepeket serunding tak kiralah serunding daging ke, ayam ke, udang ke atau ikan sekalipun, DJ nak jer terima dgn rasa gembiranya...heheh. Rasa2 dh dekat nak setahun gak tak mkn serunding. Bila tgk yg dah siap dijual tu adehh...terbantut pulak selera nk mkn..bkn main mahal lagi harganya dgn kuantiti yg terlalu sedikit. Mcm x berbaloi lah pulak kan...taaapiii, bila dah buat sendiri, baru tau penat lelah membuatnya. Paling leceh, time nk mencarik daging...ni belum termasuk masa menumis/menggorengnya lagi....aduii...mmg penat dan menyeksakan. No wonder lah harganya mahal...huhuh.

Semalam dgn semangat yg berkobar2, DJ mulakan projek menyerunding dengan merebus daging ni dulu. Sebelah malamnya pulak, DJ start mencarik sambil2 menonton TV....sampai sakit2 belakang dan jari jemari dah...Alhamdulillah siap gak kira2 sekilo. Dulu2 rajin buat, sb ada maid boleh tlg carik menda alah ni... skrg semuanya kena buat sendiri...hmm...nak buat mcm mana kan...

Suka sgt dgn serunding ni esp time bulan puasa...pembangkit selera ketika bersahur.... :)

Ok, di sini DJ kongsikan resepinya mengikut citarasa DJ. Serunding ni boleh ditumis/digoreng tanpa minyak atau dengan minyak. DJ lebih suka tumis jer dgn minyak.

Serunding Daging
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200 ml santan
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • 3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar - boleh lebih atau kurang
  • sedikit serbuk kunyit
bahan-bahan kisar/tumbuk :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40 g biji ketumbar (disangai terlebih dahulu)
  • 10 g jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. 
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan. 
  4. Hidangkan setelah masak.
***kalau tak nak goreng dengan minyak,masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga kering.

Sunday, April 08, 2012

Daging Masak Kicap Berempah dan Berkerisik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Apa khabar? Semoga semuanya baik2 belaka dan ceria2 hendaknya ye. DJ mcm biasa, kalau tak ada halangan dan free, mulalah menyibuk dan menulis entri...biarpun menayangkan resepi yg dah acap kali diulang tayang. Jangan ada yg jemu membaca udah ler ye...heheh. 

Sebelum ni DJ pernah stop skjp makan daging. Memang pantang nampak daging lembu ni, terus rasa tak berselera nk makan. Ingatkan dah mula ikut jejak kakak yg tetiba je berhenti mkn makanan berdaging. Tapi rupa2nya itu hanyalah sementara jek...skrg dah boleh mkn dah...hahaha. Tapi kan byk2 masakan daging, yg inilah yg paling DJ gemari. Sangat mewah dgn rempah dan aromanya. Sedap tak terkata, nasik pun x sedar bertambah2 sb rasa mcm tak puas je mkn..siyes!...adehhh...sesungguhnya lauk daging kicap ni amat sesuailah dimakan dgn apa jua jenis hidangan nasik lebih2 ketika menyambut hari lebaran... ^__^

Resepi dah byk kali gak tayang kat blog ni. DI SINI atau DI SINI. Dan baru2 ni resepi daging kicap ni ada tersiar dlm majalah Era Muslimah keluaran bulan April. Bolehlah dapatkan naskahnya secepat mungkin ye. Terima kasih juga diucapkan kpd pihak majalah Era Muslimah atas lamaran yg kali ketiga ini. Syukur Alhamdulillah...

Ok lah...Sesiapa yg belum pernah mencuba lagi resepi ni, sila2lah merajinkan diri. Mudah2an dpt menepati selera. DJ cnp semula resepinya di sini. 

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 sb cili giling
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.

Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.


Monday, March 26, 2012

Daging Gulai Kawah


Salam rinduuuuuuuu!.....hehe

Wahhh2!...lamanya tak update resepi...sungguh ku terasa janggal dan kekok sekali menulis entri...adehh...apa2pun mekasih byk2 kpd yg sudi datang, meninggalkan jejak dan sudi mencuba resepi2 yang ada di sini ye. Tuan rmh sejak menghabiskan cuti di Sarawak tempoh hari, mmg tak ada kesempatan dan kerajinan utk menjengok blog sendiri. FB pun dah jarang2 online. Byk hal yang perlu dibereskan dan kemungkinan akan memanjangkan lagi cuti blogging bila dah sampai masanya nanti...huhuh...wht to do...tahun ni mmg byk kejutan yg perlu kutempuhi...semoga dipermudahkan segala urusanku nanti...amin. 

Ok...nak kasi warm up sket...jom kita layan lauk gulai kawah yg dimasak hari ni...hehe. Tak sabar rasanya nk share kat sini. Alkisahnya smlm, plan nk buat rendang daging. Daging ni pun dah siap dihiris. Pas tu mcm mana ntah, ter'online' lah FB jap guna hp. Tetiba ternampak Mamahawa tayang menu ni kat status dia. Adehh...sungguh mengancam seleraku! Tengok resepi dari dapur Lina_pg. Hmm...finally, DJ pun ubah fikiran. Tak jadi buat rendang. Berkenan sungguh dgn resepi gulai kawah ni. Biasanya main beli jer, tapi sekali sekala apa salahnya mencuba sendiri kan. Lagipun DJ mcm mamahawa gak, suka ltk serbuk kari pekat2...hehe. Taklah cair sgt kan. Cuma dlm resepi ni DJ kurangkan penggunaan santan memandangkan skrg tgh berdiet (huhuh...konon2nya lah...hahaha...pas ni keluar resepi kek coklat cheese plak...mmg diet sungguh! :D)

Kpd Lina, mekasih byk2 ye kawanku, sb sudi berkongsi resepi yg sedap bangat ini...mmg sesuailah dimakan dgn nasi atau roti. Kpd MamaHawa, thanks a lot sb mempromosikan resepi ni. DJ kopipes resepi ni dari dapur MamaHawa pulak. Mekasih sekali kpd kedua2nya.

Daging Gulai Kawah

resipi: linapg.blogspot.com
sumber: mamahawa
sumber : dayangjack@DapurKu SaYang

Bahan
  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
  • 1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air

Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
  7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

Tuesday, February 21, 2012

Daging Kicap Kerisik Berempah

Assalamualaikum....

Yuhuuuu! I'm back!!...dah agak lama tak bersiaran kan. Apa khabar semuanya? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ye. DJ baik2 aje. Cuma kebelakangan ini mood blogging agak berkurangan sket disebabkan hal2 yg tak dpt dielakkan. Apa2pun DJ sgt2 berterima kasih atas kesudian rakan2 blogger serta pembaca sekalian singgah dan meninggalkan jejak di DapurKu SaYang. 

Tak dapatlah nk berceloteh panjang buat masa ni ye. takut DC lagi...maklumlah, line internet ni dah agak suam2 kuku dah. Sabar jelah....huhu. 
Jomlah kita layan resepi daging kicap berempah berkerisik yg sungguh sedap ni. Mmg dah jd fav DJ sekeluarga sejak dulu2 lagi. Semerbak je baunya kalau masak. Gerenti puas hati. Jom!

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 sb cili giling
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

Sunday, December 11, 2011

Kerisi Goreng Berempah dan Sup Tulang


Lega rasanya dpt update blog lagi. Salam hujung minggu semua....

Terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg telah sudi singgah dan juga meninggalkan jejak di sini. Jika ada kesempatan DJ akan reply ye. Dan tak tak lupa juga pd entri yg telah lepas, jutaan terima kasih atas limpahan ucapan dan doa2 kalian. Terharu rasanya. InsyaAllah, semoga hubungan kita sesama rakan di alam maya ini akan bertambah akrab dan berpanjangan. 

Hari ini DJ hanya nk tayang menu yg dah acap kali buat pun. Yang simple tapi sangat menyelerakan. Seronok sgt dpt tayang menu hari ini biarpun dh lewat ptg...xpe la kan...janji dpt kongsi resepi, ye tak??..hehe. 

Menu pilihan hari ni ialah ikan kerisi goreng berempah. Dah lama sebenarnya tak mkn ikan ni. Sekali dpt yg fresh, DJ masak time tu gak. Bau dan isinya pun enak. Sesekali buat goreng berempah, perghhh! mmg mengancamlah rasanya. Rasa nk menambah nasik tapi DJ belum habis diet lagi...ekeke.

Ok jom kita semak resepinya.

Kerisi Goreng Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.




Ini pulak sup tulang. Ikut resepi yg dah biasa DJ buat. Memang xnk tukar resepi lain lg selagi masih berselera dgn resepi ni...heheh. Sedaaaaaaap yg amat!...buat masam2 lagi tu..adehh...mmg sesuailah mkn time hujan2 ni....

Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!
alahai...sebenarnya nk buat sambal belacan bodo...tp takdan nk buatlah ari ni. Lain kali je la. Mesti ada tergelak bl DJ sebut sambal belacan bodo ni kan...hehehe. 

Tuesday, November 15, 2011

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Rendang Daging Cili Api

Menu tertunggak lagi....apa2pun layan jelah ye. Kuah kacang versi ni mmg tak rugi dicuba. Sangat2 menepati selera DJ sekeluarga. Resepi dah ada sebelum ni tapi oleh kerana rajin, DJ kopipes semula. ^__^

Kuah Kacang Versi III
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
  • 4 biji buah keras (ditumbuk hancur) - optional
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul-ketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling diikuti buah keras(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
  • boleh juga dimasukkan udang kering yang telah dikisar/ditumbuk halus semasa menumis bahan jika suka (kdg2 DJ letak)
Ini pulak buah hati pengarang jantung....kalau tak ada teman, tak lengkaplah nasi impitku...hehe. Tapi kalau ada nasi lemak lagilah best kan....

Resepi yg mudah je. Tak perlu guna bawang. But i like it a lot. Senang kerja. Buat ikut versi sendiri je ni.  Janji sedaaappp!

Rendang Daging Cili Api
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sekilo daging lembu (dipotong kiub)
  • segenggam atau lebih cili api (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit kunyit hidup (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit daun kunyit (diracik)
Cara-cara :
  1. Rebuskan daging bersama sedikit air hingga kering. 
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaul-gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sebati dan masak hingga daging hampir empuk.
  3. Masukkan santan, garam, gula, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau lagi. Dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi dengan menggunakan api perlahan.
  4. Masak hingga kuahnya kering atau ikutlah selera masing-masing.
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi impit, nasi lemak dan sebagainya. 

Monday, July 11, 2011

Nasi Daging


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Wahh!...belum apa2 lg dah tayang nasik yer...hehe. Entri ni sepatutnya di 'publish' petang semalam tapi tak jadi sebab tak sempat nak mengadap komputer. Biasalah kan time hujung minggu mmg payah sket nk on9. Byk masa diluangkan bersama keluarga. Jadi, kpd teman2 FB yg dok tunggu2 entri nih dari hari Sabtu lagi, nahh!..daah pun keluar...heheh. Sila2lah jamu mata....

Nasi daging ni mmg dah lama DJ tak merasa.  Nak makan mmglah sukaaa sgt, tp nk buat sendiri..hmm...kurang rajin sket. Selalu gak makan masa dulu2 (masa tu tgh study lagi). First time makan terus jatuh cinta. Sedap sgt dimakan bersama air asamnya. Memang kecur liurlah kalau setakat menjamu mata jer kan...haha. Tapi kan, oleh kerana anak2 tak reti nak makan dgn air asam, DJ dgn rajinnya buat ayam kari kurma sket. Biar ada kuahnya. Pun sedap bangat! Alhamdulillah...habis licin semuanya. Mr hubby pun terpaksa korbankan dietnya sebentar semata2 nk merasa nasik daging nih. Tak adalah dia nk komen apa2 pun tp dlm pemerhatian DJ lah kan, dia menambah gak sampai 2-3 kali....adehh...tp tak apalah kan...sekali sekala....hihi.

Resepi nasi daging ni DJ olah mengikut saiz dan citarasa keluarga. Ada byk versinya dlm internet, bila dah adjust sket sana sini, jadilah resepi versi sendiri. Ada sesetengah versi, dagingnya direbus dulu utk mendapatkan stoknya. Stok daging tu tadi akan ditanak bersama nasi. Kiranya masak asing2lah kan. Tapi DJ masak direct jer daging ni dan bila dah empuk, terus dimasukkan beras dan tanak seperti biasa. Nak guna beras biasa pun boleh selain beras Basmathi. Yang penting, rasanya yg hebat dan memikat selera.

Jom semak resepinya. Kalau berminat bolehlah cuba. Cuma sukatannya kena adjust lah yer jika mempunyai  ahli keluarga yg agak ramai. 


Nasi Daging
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 4 orang makan

bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.

Sedap juga dimakan bersama lauk ayam kari kurma ni....mabeles!

Tuesday, June 21, 2011

Sup Tulang Pedas Masam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Semalam tak dpt nak online sb tak ada letrik start dari pukul 11 pagi hinggalah ke petangnya. Adehh...tension betul...ter'miss' plak cerita Marimar. Nasib baiklah tak berlarutan sampai ke malam. Kalau tak, mau pengsann!....

Ok, hari ni nak tayang sup tulang. Dah byk kali buat siaran ulangan nih tp kali ni resepinya diedit sekali lagi. Jadilah resepi kedua. Actually lbh kurang sama jer dgn resepi2 lama. Cuma cara penulisan jer tak sama...heheh. Maklumlah, resepi main campak2 jer kan...tapi Alhamdulillah, mmg saaaaaaaaaaangat sedap dan berbaloi2! Bagi peminat sup yg masam2 pedas ni gerenti suka resepi ni. Yang tak minat pun pasti akan jatuh cinta. Jom cuba!

Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya

Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!!

Thursday, June 16, 2011

Daging Kicap Berkerisik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pagi tadi hanya sempat upload gambar dan tulis resepi. Kira bernasib baiklah tu kan..adehh, sejak kembali menggunakan broadband no 1 ni mmg seksa sungguh rasanya. Nak on9 pun susah...hmm, kena tunggu tamat tempoh, baru boleh topup line satu lagi. Sabar je lah....

Hari ni DJ nk kongsikan satu lagi resepi daging kicap yg teramat2 sedap..pd pendapat DJ lah. Mmmg dah selalu sgt masak stail gini...tak jemu2 menambah...resepi pun sebenarnya dah ada dlm rumah ni tapi kan biasalah, terlebih rajin, DJ tulislah semula dengan versi baru dan sukatan baru. Apa2pun, mmg tak rugi dicuba, sedap sungguh!...kalau nak rasa lbh pedas lagi, bolehlah tambah serbuk cili atau cili kering atau lebihkan lada hitam. Kadang2 DJ tambah serbuk cili. Kadang2 tak letak serbuk kari melainkan ada di depan mata...hehe. Biasanya DJ tak miss buat daging kicap ni setiap kali time raya. Waduhh2...enak bangat!

Jom layan resepinya.... :)

Daging Kicap Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • kicap manis/masin secukupnya
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • 1-2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air) - optional
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan gula
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Satukan daging bersama kicap pekat, lada hitam dan separuh daripada bahan kisar. Gaul-gaulkan sebati dan peraplah selama 1 jam atau semalaman. 
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  5. Setelah daging empuk serta kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
  6. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani. 

Friday, April 08, 2011

Rendang Daging Berempah



Assalamualaikum....

Minggu merendang tak habis lagi...hehe. Sejak dua menjak ni mmg rajin sungguh buat rendang...tak jemu2 nampaknya. Yalah, rendang ni sedap kan, tunggu rajin jer boleh buat. Kalau tak buat pun, beli siap jer. Kalau sebelum ni DJ tayang rendang ayam, kali ni tayang rendang daging lak. Menggunakan resepi yg lebih kurang sama. Cuma kali ni DJ tambah buah keras sb nak bagi lebih pekat dan sedap. Memang sedap sangatlah!

Sebenarnya mood minggu ni tak begitu stabil sb terasa mcm tak sedap hati lak....tapi still oklah. O ya sebelum terlupa, ada yang bertanya tempoh hari tentang kamera yg DJ pakai utk shoot gambar2 yg semakin hari semakin membesar dan clear...ekeke. Ok sejujur2nya, DJ pakai kamera digital biasa jer...lom sampai tahap SLR lagi seperti yg disangkakan...jauh panggang dari api..tengoklah gambar pun msh tahap amatur lagi tu....hehe. Tp yang penting, puas hati, kebanyakan gambar tak perlu diedit byk dan ada yg tak edit langsung (termasuk gambar rendang ni....sekadar letak frame dan watermark shj), harganya yg affordable dan senang nak sumbat dlm poket jeans dan handbag...dan senang nk bawak ke hulu ke hilir....hehe. Begitulah ceritanyaa...hehe

Oklah, mari kita layan dulu resepi rendang ni yer. Kalau ada yg tringin nak cuba, dipersilakan. Trm ksh. 

Rendang Daging Berempah
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka dan dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu makan cili giling atau secukupnya (boleh campur dengan cili padi)
  • gula melaka secukupnya
  • 3 biji buah keras (ditumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
  • sedikit air asam jawa
  • kerisik secukupnya
  • santan cair dan santan pekat secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling, buah keras dan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak.
  2. Masukkan daging, santan cair, air secukupnya, garam dan gula melaka. Setelah hampir empuk, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi dengan api perlahan sehingga daging benar2 empuk. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Hidangkan. Sangat enak dimakan bersama nasi lemak, pulut kuning, lemang dan nasi putih.

Monday, March 21, 2011

Daging Tumbuk Berempah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni mmg sibuk sangat2. Maklumlah, dah start sekolah ni kan bertambah2lah sibuk. Tapi dlm kesibukanku ini sempat jugalah menulis sekurang-kurangnya satu entri.

Mcm biasa, anak2 sukakan ayam. Sorang nak ayam goreng, sorang lagi kata nak sup ayam. Last2, buatlah sup ayam letak ubi kentang dan sayur karot,..yang tu lah paling cepat dimasak dan sedap dimakan. Selesai masak ayam, DJ masak lauk daging ni pulak. Actually, daging ni dah direbus beberapa hari lepas. Nak buat apa ntah tak taulah sb tak tau nak masak apa dah. Ingatkan nak buat kicap lada hitam jer, tp dah selalu sgt makan...lagipun gerenti bertambah nasik dibuatnya. Last2 buat stail dinding tapi olahannya mengikut citarasa sendiri. Waduhh! sedap bangat!!...bertambah nasik jugak dibuatnya...huhu. Resepi spontan mmg sedap!!


Di sini DJ tuliskan resepinya utk rujukan bersama yer. Next time boleh buat lagi sebab sedap sangat dan amat2 menepati citarasa. 

Daging Tumbuk Berempah 

bahan-bahan :
  • 400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam dan gula
  • 1 batang kulit kayu manis
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
  4. Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
  5. Hidangkan.


Friday, January 28, 2011

Daging Kicap Berkerisik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Petang semalam DJ masak daging kicap kegemaran. Tapi tak sempat nk tayang malam tadi sb tak cukup masa nak melepak di depan laptop...hehe. Sorry eh puan Lina, sian dia tertunggu2..jgn marah tau, nanti tak nak kawan...ekeke. Biasalah, DJ ni punya anak dua orang tapi bagaikan sepuluh org. Masing2 nak mintak layan. Aduss! nak crita pun malas!..buat pening kepala jer kan...lbh baik crita psl daging kicap ni..hehe.

Siang tadi sempatlah ambik gambar sekeping ni. Nampak ke tak nampak, cantik ke tak cantik, buat2 tak tau jelah yer. Nampak sket2 jadilah kan...hihik. Oleh kerana DJ buat byk sket, bolehlah simpan separuh utk hari ni. Memang tak jemu dimakan. Sangat sedap dan tip top! Kalau tak silap resepinya mmg dah ada kat dapur ni. Nanti DJ kopies semula kalau dah jumpa. Kalau tak, DJ akan tulis kemudian, ok.


Update :

Resepi Daging Kicap Berkerisik



Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )
  • 1/2  kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu makan lada hitam tumbuk
  • 1-2 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • kicap masin/manis secukupnya
  • 2-3 sudu bsr kerisik 
  • rempah 4 sekawan(bunga lawang, cengkih, kayu manis & buah pelaga)
  • 2 sudu bsr air asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.
Cara-cara:
  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat selama 30 minit atau semalaman.
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan diikuti dgn cili kisar. Kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air secukupnya, kacau rata2 dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging dah hampir empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin/manis, kerisik, dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar. 
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

Monday, January 24, 2011

Daging BlackPepper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni cuaca sgt memuaskan. Semangat berkobar2 nak jemur kain, bantal tilam dan kasut sekolah budak...hehe. Harap2 biarlah panas hingga ke petang ye tak... 

Actually, tadi masak nasi goreng belacan ikan bilis campur sayur2an jek. Ringkas dan sedap. Petang nanti barulah masak lauk lain. Tapi tak pasti lagi lauk apa. 

Menu daging ni plak DJ masak malam Ahad lepas. Barulah sempat nak tayang. Masakan ni sgt sedap dan mmg dah menjadi salah satu makanan favorite DJ. Sesiapa yang belum pernah makan stail gini, sila2lah cuba resepinya yer. Ini adalah salah satu resepi mengikut versi DJ. Banyak lagi versi lain dlm internet ni kalau rajin meng'google'. Jom layannnn!

Daging Blackpepper

bahan-bahan :
  • 200 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 3 sb sos lada hitam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • sedikit kicap manis
  • hirisan kapsikum secukupnya
  • sedikit perahan jus lemon
  • sedikit hirisan daun sup
Car-cara :
  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
  2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  4. Masukkan kicap manis dan daun sup. (boleh bubuh garam jika perlu).
  5. Masukkan kapsikum dan perahan jus lemon. Sebatikan.
  6. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. Sangat sedap!


Friday, December 17, 2010

Daging Merah bersos Plum


Daging masak merah ni dah agak lama gak tak buat. Kali ni letak sos plum. Bertambah2 sedapnya. Rasa masam, manis, masin dan pedas, semuanya ada. Barulah berselera lbh2 lagi tengah flu ni. Time ni lah cerewet sket nk pilih makan...hehe.

Jomlah layan resepinya...sedap tau


Daging Merah BerSos Plum

bahan-bahan: (3-4 orang makan)
  • 250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk)
  • sedikit kicap manis jika suka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1-2 helai daun limau purut jika suka
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili,  kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas. 
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menarik.


Friday, October 15, 2010

Daging Masak Hitam TMK



Salam....
Semalam tuan rumah tak berkesempatan nak update blog. Macam biasalah, busy sgt dgn urusan keluarga. Tapi tak apalah kan, yang penting, n3 tetap ada biarpun lambat update.

2 hari lepas, dyg teringin sgt nak merasa daging masak hitam dgn mencuba resepi Lina_pg. Dah berkali2 dok skodeng umah dia. Memang tak boleh tahanlah tengok menu daging hitam tu. Resepinya pun teramatlah mudah. Apalagi, dyg pun buatlah biarpun 'derhaka tidak sengaja' menggantikan rempah kurma kpd rempah beriani, sb rempah tu jelah yg ada selain rempah kari..pas tu cili boh terpaksa digantikan dgn cili giling.....sori yer Lina. Apa2pun rasanya tak jauh bezakan kan, Lina??...hehe.

Lepas masak, tak sabar lak nak makan dgn nasi panas. Memang menyelerakan! sampai menambah2 lak tu. Fuhh!!...berpeluh2 makan!!...memang berbaloilah cuba resepi nih...TQVM, Lina. Sedap resepi ni. Lain kali DJ guna rempah kurma atau rempah sup lak, ok. DJ cnp dulu resepinya di sini. TQ.


Daging Masak Hitam TMK
sumber : Lina_pg

Bahan Perap :
  • 1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari ) 
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( DJ guna rempah beriani)
  • 1 paket kari daging
  • 1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman***


Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 2-3 helai daun pandan ( simpul )
  • 3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang ) (DJ guna cili giling Puteri)
  • 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
  • kicap pekat 
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Minyak 
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
  6. Dah siap

Monday, August 02, 2010

Daging Goreng Kicap Kaww


Bahan-bahan :
  • 200 g daging (dihiris nipis2)
  • 1-2 sudu makan sos lada hitam @ 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis/masin secukupnya
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit cili padi - optional
  • garam dan gula
  • 1 labu bawang besar (dihiris  bulat dan digoreng)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong wegdes,digaulkan dgn sedikit garam dan tepung jagung dan digoreng)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit hirisan daun bawang
Cara-cara :
  1. Gaulkan daging bersama sos lada hitam/serbuk lada hitam, garam dan kicap pekat. Kemudian perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali, goreng daging hingga kering airnya.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis/masin, cili padi, cili merah, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan daun bawang, bawang besar dan kentang yg sudah digoreng. Gaul2kan hingga rata. Setelah kuahnya agak pekat boleh lah ditutupkan api. (Jika suka, bolehlah tambah bancuhan tepung jagung)
  5. Hidangkan bersama nasi putih dsbnya.

Monday, July 05, 2010

Green Pepper Steak


Green Pepper Steak
Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo daging batang pinang  (dihiris nipis2)
  • 2 biji cili benggala (dipotong kiub)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar) @ serbuk lada hitam
  • 1 sk kicap pekat - optional
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit garam dan gula
  • 1 labu bawang besar
  • sedikit daun ketumbar / daun sup
  • perahan jus lemon
  • sedikit bancuhan tepung jagung
Cara-cara :
  1. Gaul daging bersama bawang putih, halia, sos tiram, kicap, lada hitam, garam dan gula di dlm satu bekas dan perapkan selama 30 minit.
  2. Kemudian gorengkan daging tadi hingga empuk. 
  3. Masukkan cili, bawang besar, daun ketumbar / daun sup dan tomato
  4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan jus lemon.
**boleh tambah cili padi jika suka.


Menu Hari INi....jom makan!

Green Pepper Steak

Asam Pedas Rebus Kembong with Terung Asam...hehe...favorite nih!

Tempoyak Goreng Udang...sesekali ku rasa teringin....


Layan dulu...dyg akan update jap lagi....tq sudi menjamu mata.... :D

Monday, May 24, 2010

Sup Tulang Pedas Masam



Time hujan ni mmg sesuailah makan sup tulang panas2!...alangkah sedapnyaaaa!! Hajat sebenarnya nak cuba resepi sup tulang merah tapi terpaksa pospon dulu atas sebab2 tertentu. Lagipun, si princess dah request sup tulang ni dari semalam lagi. Favorite dia nih!..kalau masak kena buat masam2 dan pedas2 sket...barulah dapat masuk ke anak tekak...hehe. 


Resepi sup tulang ni dh banyak kali diulang tayang. Tapi tak mengapa, kita refresh sekali lagi  resepinya di sini. Tak susah pun.. cnp jer..hehe.  Bagi sesiapa yg berminat, bolehlah cuba resepi versi dyg.TQ.

Sup Tulang Pedas Masam
Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu
  • 1 sudu makan perencah sup (tak letak pun ok)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sdt lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, tulang dan garam.
  2. Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan jus limau nipis, gula, bawang besar dan cili  padi. Masak lagi untuk beberapa minit.
  3. Setelah masak, hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Jom makan!

Thursday, May 20, 2010

Daging Kicap Kerisik Berempah



Banyak2 masakan daging, inilah masakan daging yg paaaling dyg suka. Kalau makan, dah pastinya menambah. Tak pandang dah lauk lain...hehe. Time raya pun mcm tu gak. Mesti masak daging kicap stail gini. Lawannya pulak ialah ayam masak merah atau kari ayam atau ayam kurma dan dalca. Fuhh!...memang berselera dibuatnya!..

Sebelum ni ada gak dyg letak resepi ni di dapur MYR dan juga di sini. Tetapi utk kali ni dyg tulis semula resepinya dgn versi lain. Apa2pun, apa2 shj masakan daging tetap menyelerakan.

Daging Kicap Kerisik Berempah

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 2-3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan2 mesin dan gaul2kan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga daging empuk. 
  5. Hidangkan bersama nasi panas.  Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.