Monday, April 02, 2012

Siakap Kukus Halia


Salam sejahtera kpd semua pembaca budiman dan pengikut setiaku....

Alhamdulillah sekali lagi dpt bersiaran meskipun keadaan kesihatanku kurang baik sejak dua menjak ni...asyik sakit tekak dan batuk2 je...nasib baiklah msh dpt menjamu selera...huhu. 

Hari ni masak salah satu menu kesukaanku, siakap kukus halia. Buat masam sket dan bubuh tomato ceri manis banyak2..fuhhh! mmg sedap sangat! Sekor tu pun boleh habis sorang2...hehe. Nak dibuat goreng2 xleh lagi, sb tekak ni msh x ok lagi...so, elakkan mkn makanan yg berminyak buat sementara waktu ni...

Resepi dah byk kali tayang kat sini...lbh kurang samalah dgn ikan masak stim seperti DI SINI. Simple dan senang je nk buat. Sedap pulak tu...

Jom layannnnn!

Siakap Kukus Halia
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 3 inci halia (dihiris halus)
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan / sos tiram
  • tomato ceri secukupnya (dibelah 2)
  • sedikit gula
  • hirisan daun sup
  • 3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
  2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
  3. Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
  4. Setelah itu, masukkan sos ikan/sos tiram, sedikit air, sedikit gula, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
  5. Setelah masak, taburkan tomato ceri, daun sup dan biarkan ia merenih sebentar sebelum dikeluarkan dari pengukus.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

2 comments:

Faiz said...

emmm..gambar dari dj yang selalu mengiurkan...sedapnyerr ikan ni..

Nieza said...

nampak sedap..saya suka ikan kukusx2 gini. nanti boleh cuba ni tq sis:)