Tuesday, August 02, 2011

Iftar 1 : Resepi Ketam Masak Merah Berkicap

Assalamualaikum....

Untuk menu berbuka puasa smlm, DJ masak ala2 kadar jer. Selain ketam masak merah b'kicap, DJ buatkan sup ayam utk anak2. Lagipun hubby ada belikan martabak. Mmg lebih dp mencukupi bg kami sekeluarga. Hmmm...hari ni plak tak pasti lagi nk masak apa. Msh blurrr....

Ok jom layan resepi ketam masak merah berkicap yg sungguh sedap ni! Sorry, gambar tak brp menarik sb nk cepat kan...hehe.

Ketam Masak Merah Berkicap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam (dibersihkan dan direbus sedikit bersama garam dan asam gelugur. Kemudian ditoskan)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ketam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan hingga sebati
  4. Setelah masak, hidangkan.



Sedaaappppp!

8 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam dayang...K.atie pon mmg masak simple gak.kuih pon beli jer sbb mkn berdua...

DjDayang Jack said...

w'salam k.atie...

tu ler psl kak...skrg ni mmg merancang nk msk simple2 jer sb hubby tgh berdiet n dia ade makanan tersendiri....skdr msk utk ank2 je lah...hehe

CT Delima said...

As'salam dayang

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

Baru ni senang dan nak kesana sini. ini pun curi2 masa sebab dah penat duk menjahit ni...hihihi. Bulan pausa ni lagi bz berbanding hari biasa. nak perah otak nak pikir masak apa lak nanti untuk berbuka dan bersahur kan..hiihi

kalau lauk ketam bulan pausa ni, payah siit nak makan Dayang, sebab masa berbuka waktu terhad, lepas tu nak kesurau pulak. Tak der masa nak meratah dah..hihihi

Mas said...

wahhhhh..sedapppnya kak dayang ketam tu....

cik cek said...

Salam Ramadhan...

Emmmm...sedapnya....tak leh tenung lelama..kechur lak dibuatnya....:)

Asmara said...

Salam Ramadhan kak! Iftar pertama dengan ketam! sedapnya!

Gee® said...

wadduh...sedapnya! bulan pose ni tgk makanan mmg menggoda iman... ketam pulak tuh... pergh!!

~Sya~ said...

huh sedapnya ketam...sonok klu jd anak2 kak DJ ni..heheh