Tuesday, July 19, 2011

Nasi Minyak Harum Berseri


Lagi resepi nasi yg sgt sedap dan memikat selera. Pendek katalah, org yg demam dan sakit2 pun boleh berselera makan dibuatnya. Pada mulanya DJ berhajat sgt nk buat nasi monghul tp terpaksa ditangguhkan dulu sb kekurangan stok. Nanti2 jelah kalau rajin...hehe. Layan nasik minyak ni pun betapa sgt2 menyelerakan. Untuk lauk sampingannya DJ buatkan ayam masak merah, dan daging puri berempah....sedap wooo....ni kalau ada catni nenas, mau pengsann!...

Jom kita semak resepinya...

Nasi Minyak Harum Berseri
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 500 g beras Basmathi (direndam 2-3 jam dan ditoskan)
  • 100 ml susu cair
  • 850 ml air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 5 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 2 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 1 tin kecil kacang pis (disejatkan)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam secukupnya
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • sedikit kismis
  • bawang goreng secukupnya
  • sedikit pewarna kuning - optional
bahan-bahan tumis :
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah, serai, bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, susu cair, daun limau purut dan pewarna kuning. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Selepas itu, masukkan beras, daun pandan dan garam. Tanak hingga separuh masak dan barulah dimasukkan lobak merah. 
  4. Apabila hampir kering, taburkan kismis, daun ketumbar, bawang goreng dan juga gajus jika suka. Tutupkan periuk dan biarkan ia masak sempurna.
  5. Hidangkan setelah masak.
***Jika tak nak rendam beras terlalu lama, cukuplah sekadar 30 minit shj. Kemudian, lebihkan air supaya nasi tak keras.
***boleh juga dimasak menggunakan rice/pressure cooker setelah menumis bahan.


6 comments:

Gee® said...

nak sepinggan...

Mas said...

masuk list resepi ni...
terliurnya tengokkkk....

che'iza said...

Cantiknyer kak... nasi minyak harum berseri mu itew.... Terliur terus tgk... Kensellah diet hari ni... Esok jer... hehehhehe

LinRosly said...

Assalamualaikum Dayang...Sedapnya Nampak Nasi Minyak Ni...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
nampak sedap ler nasi tu akak.... nak ckit... sedapnyaa

Nurul said...

Salam, Kak Dayang....

Singgah cni pula ader nasi minyak harum berseri... nampak sedapp... tu belum lagi tgk lauk yang jadi gandingannya tu... Memang sedapp :)