Wednesday, June 29, 2011

Jus/Serbat Tembikai

Rasa dahaga plak ptg2 nih...sekali sekala buat jus tembikai, alangkah nyamannya rasa tekak ni kan...siapa nk join?? jom kita minum duluuu.... 

Jus tembikai ni dah pasti ramai yg pandai buat kan. Resepi biasa2 jer tapi yg paling penting ianya sedap dan dpt hilangkan dahaga. DJ actually tak berapa gemar minum yg sejuk2 ni. In fact, air sejuk pun tak minum. Tapi kalau setakat sekali sekala nk buat jus tu bolehlah. Terasa nyamannyaaaa.... :)

Jus Tembikai Ringkas

bahan-bahan :
  • tembikai merah (dipotong kecil-kecil)
  • sirap gula
  • air sejuk
  • ketulan ais
Cara-cara : Kisar semua bahan kecuali ketulan ais. Semasa menghidang, masukkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati.




Serbat

bahan-bahan :
  • tembikai merah (dipotong kiub)
  • gula secukupnya 
  • air sejuk secukupnya
  • ketulan ais
Cara-cara : Masukkan hirisan tembikai di dalam gelas/mangkuk. Masukkan gula dan gaul rata-rata. Kemudian masukkan air sejuk tadi. Simpan ke dalam peti sejuk.  Apabila hendak menghidang, masukkan ketulan ais secukupnya. 


8 comments:

Junie Octovian said...

Idea yg menarik...kerana yg mudah itu kekadang kita ni terlepas pandang, kan? Thanks 4 sharing.

Rabiatun Adawyah said...

Salam kak...nyamannyer tekak..dapat segelas ni sedapnyer la haiii...

che'iza said...

Sedapnyer kak... terasa-rasa jus menyelusuri anak tekak ni...

Kak Sam said...

alamak dahaga le pulak. Mana nak cari tembikai ni.

izahdaut said...

kak dayang comellll..
nak air sejug..air gini segelas tak cukup.. ikiki

Wanieyra said...

Kak Dayang....

teringinya!!!!

ibh said...

Cantik gambo tu kak..
Ni minuman kegemaran cik hb sue ni..hehhehheee..

cik cek said...

emmm...sedap dan nyamannya dpat minum jus tembikai ni....:)