Friday, June 17, 2011

Ikan Sambal Bermayonis


Inilah lauk ikan utk makan tengahari ni. Ari tu dah buat sambal yg lbh kurang sama dgn udang dan ayam. Kesemuanya sedap dan menepati selera...Alhamdulillah.

Resepinya akan ditulis kemudian yer. Terima kasih krn sudi singgah. 


Update :

Resepi Ikan Sambal Bermayonis
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 5-6 ekor ikan kembong/mabong atau lain-lain jenis ikan (dibersihkan dan digoreng seperti biasa hingga 3/4 masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • 2 sudu makan mayonis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan mayonis, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati. Boleh masukkan sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul-gaulkan hingga bersalut dengan sambal. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  4. Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan bawang yang sudah digoreng tadi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

7 comments:

hajar said...

hai... nmpk ikan sambal ni pun da lapa... cpt la kol 1...

DJ Dayang said...

dah kol 1 pun....hehe.

selamat makan tengahari! :)

Amie said...

assalam,
cukuplah lauk tengahari dgn ikan sambal ni...nampak sedap sgt!

CT Delima said...

As'salam DJ

kalau kak ct nak tukar denagn ayam boleh tak ni DJ. kalau ikan2 ni anak2 kang tengok jer mama dia ratah sorang2.... hihihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam DJ...apa kabar?umah k.atie ikan goreng jer,rajen DJ buat sambal bermayonis camni..

Peri PiA said...

Assalammualaikum dj!!

wah,resipi menarik

Mas said...

bestnya sambak ikan tu......
letak mayonis lagi sedappkan kak sambal tu...