Friday, April 08, 2011

Rendang Daging Berempah



Assalamualaikum....

Minggu merendang tak habis lagi...hehe. Sejak dua menjak ni mmg rajin sungguh buat rendang...tak jemu2 nampaknya. Yalah, rendang ni sedap kan, tunggu rajin jer boleh buat. Kalau tak buat pun, beli siap jer. Kalau sebelum ni DJ tayang rendang ayam, kali ni tayang rendang daging lak. Menggunakan resepi yg lebih kurang sama. Cuma kali ni DJ tambah buah keras sb nak bagi lebih pekat dan sedap. Memang sedap sangatlah!

Sebenarnya mood minggu ni tak begitu stabil sb terasa mcm tak sedap hati lak....tapi still oklah. O ya sebelum terlupa, ada yang bertanya tempoh hari tentang kamera yg DJ pakai utk shoot gambar2 yg semakin hari semakin membesar dan clear...ekeke. Ok sejujur2nya, DJ pakai kamera digital biasa jer...lom sampai tahap SLR lagi seperti yg disangkakan...jauh panggang dari api..tengoklah gambar pun msh tahap amatur lagi tu....hehe. Tp yang penting, puas hati, kebanyakan gambar tak perlu diedit byk dan ada yg tak edit langsung (termasuk gambar rendang ni....sekadar letak frame dan watermark shj), harganya yg affordable dan senang nak sumbat dlm poket jeans dan handbag...dan senang nk bawak ke hulu ke hilir....hehe. Begitulah ceritanyaa...hehe

Oklah, mari kita layan dulu resepi rendang ni yer. Kalau ada yg tringin nak cuba, dipersilakan. Trm ksh. 

Rendang Daging Berempah
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka dan dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu makan cili giling atau secukupnya (boleh campur dengan cili padi)
  • gula melaka secukupnya
  • 3 biji buah keras (ditumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
  • sedikit air asam jawa
  • kerisik secukupnya
  • santan cair dan santan pekat secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling, buah keras dan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak.
  2. Masukkan daging, santan cair, air secukupnya, garam dan gula melaka. Setelah hampir empuk, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi dengan api perlahan sehingga daging benar2 empuk. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Hidangkan. Sangat enak dimakan bersama nasi lemak, pulut kuning, lemang dan nasi putih.

14 comments:

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya

http://www.zuwairiaiman.com

hani said...

salam kak dayang,
saya dtg dgn nasi putih ni...ngeh ngeh ngeh

DJ Dayang said...

@bobhandburry
trm ksh sudi berkunjung ke sini...InsyaAllah nanti sy singgah yer...tq

DJ Dayang said...

@hani
w'salam...nasi putih jek??...lemang xde?? teh tarik ker...heheh :P

Mas said...

ini kalau makan ngan nasi putih jerk pun dah sedappppp...
terliurnya tengok...

lina_pg said...

rendang ni kalau mkn ngan ketupat msti lagi sedap..rather than mkn ngan nasi kan DJ?ada lagik tak tu?

DJ Dayang said...

@Mas

perghh! akak lak lapo ...heheh

DJ Dayang said...

@lina_pg
a'ahlah..ketupattt! sedapnya...lina, daging ni ade sket lagi tp rasa2 x cukup dah...nanti kte buatkan lg n lina buat ketupat k...hehe

yang, mane menghilang?..baby dh sihat??..

Citarasa Rinduan said...

Ayu kembali!!
wah...DJ...menyelerakannya...daging tu betul2 dibalut dik rempah.....sangat2 membuatkan perut ayu kelaparan..
mai sini post semangkuk kat kulai..

Norasikin said...

Saya pulak dalam minggu talapia. Tu je ikan besar yg paling murah. Nak makan ayam, lagi la mahal sekarang ni

DJ Dayang said...

@Citarasa Rinduan
selamat kembali ayu...

semoga semuanya berada dlm keadaan yg baik2 jer hendaknya yer...daging rendang ni dah pasti menggugat selera yg sentiasa berselera nih...hehe

wokeh! kte post semangkuk!.... :D

DJ Dayang said...

@Norasikin
wow talapia!..dh lm tak mkn ikan tuu...kalo goreng garing2 dan buat sambalnya..perghhh! mmg sedaaapp!

Diana @ Melley Mey said...

wah!!... sedapnya daging tu... tergoda2... :)

Anonymous said...

slm,memg best blog ni..semua resepi bagus2.,tima ksh byk sbb sudi kongsikn ilmu yg berguna untuk semua..good lucky..