Tuesday, April 05, 2011

Rendang Ayam Berempah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

2 hari lepas buat pulut kuning bersama rendang ayam. Tapi tak sempat nk shoot set lengkap tu. Dapat tayang gambar ni je lah yer biarpun tak nampak ayamnya...malu kot...hehe. Memang sedaaaaapppp sangat! Biapun kat rumah ni tak ramai orang, tapi kan DJ kalau tang rendang ni tak kesahlah makan tak berteman ker, tetap berselera...ada teman lagilah lagi...hehe


Rendang Ayam Berempah
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong sederhana dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 sudu makan cili giling atau secukupnya 
  • gula melaka secukupnya
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
  • sedikit air asam jawa
  • kerisik secukupnya
  • santan secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, daun limau purut, santan, gula melaka, garam dan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga ayam masak dan kuahnya pekat.
  3. Hidangkan setelah masak. Sangat enak dimakan bersama nasi lemak, pulut kuning, lemang dan nasi putih.

14 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

pulut mmg sedap mkn dgn rendang ayam, tp akak tak pandai masak pulut kuning, pdhal senang je....

Mas said...

hmmmmm..sedapnya rendang makan ngan pulut kuning......

Sari Yusa Ibrahim said...

sy pun ri ni mkn rendang ayam, tapi belilah...

Chik Mimi said...

satu kelainan rendang yg menggunakan ayam yg digoreng boleh try ni

suri solehah said...

salam..sedapnya..terbayang2 duk makan ngan pulut huhu

NuRuL -uYuL- said...

wahh k.dyg dok menghidangkan rendang ayam .. p dpr k.ummi pon rendang ayam lagi ... ish2 .. sedap2 belaka ngk ..

DJ Dayang said...

@~~zAnAfAhMi~~

xper...slow2...cube ler dulu..lama2 nanti leh jd expert.. :)

DJ Dayang said...

@Mas
mmg sedap sgt, mas. akak sukeee :)

DJ Dayang said...

@Sari Yusa Ibrahim

...janji sedap kan...hehe

Naz said...

Salam Dj,
Terliur dah ni tgk rendang Dj tu.. Suka rendang yang basah2 mcm ni..

DJ Dayang said...

@Chik Mimi

selamat mencube yer chik, pasti tak mengecewakan. DJ biase goreng ayam dulu supaya time merendang nanti ia tak nampak hancur...hehe

DJ Dayang said...

@suri solehah

w'salam...

mmg sedap bangat!... :)

DJ Dayang said...

@NuRuL -uYuL-
tu ler psl, minggu merendang katakan....hehe

DJ Dayang said...

@Naz
w'salam....

tq. mmg sedap sgt rendang ni sampai tak ingat nk diet dah...haha