Friday, January 21, 2011

Ayam Masak Tropika


Hari ni masak ayam bubuh nenas. Memang best! Nanti update resepinya yer. Tuan rumah agak bz sket time ni. Terima kasih sudi berkunjung ke sini. 

Update :

Ayam Masak Tropika

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • kiub nenas secukupnya atau hirisan nenas
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 kiub pati ikan bilis atau kiub pati ayam
  • 2 biji buah keras (ditumbuk)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sb cili giling
  • 80-100 ml susu cair
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan pula cili giling, sos cili, buah keras dan kiub ikan bilis/ayam. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam. Gaul-gaulkan. Kemudian masukkan susu cair, air dan daun limau purut.  Kacau lagi dan biarkan ia mendidih seketika. 
  3. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan nenas. Kacau hingga kuahnya pekat. (tak nak pekat pun boleh).
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

6 comments:

mokwonik said...

oooo la la tropikaaaa! haha..ari nih mokwo salin byk resepi..mcm ayam jek mokwo tengok!!

mokwonik said...

sori..mcm ayam percik jek! kelam kelibut nih! nak masuk 'opis'..dapur ler tuh!

Mas said...

arrgghh..ssedapnya..tengok gmbr pun dah terliur....

hani said...

salam kak,
waduh waduh...terliur dah ni...balik laa

Chik Mimi said...

Dj sedapnya terliur dah ni camne?nak carik tisu ler

kak ina kl said...

sedapnya dayang..nanti bolehlah cuba yer