Monday, October 11, 2010

Keledek Tumis Kari Berudang


Salam....

Hari ni tuan rumah dah kembali sihat sediakala...dah tak sakit tekak dah...Alhamdulillah. Terima kasih juga diucapkan kpd rakan2 yg sudi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yg baik buat diri dyg. 

Antara menu hari ni ialah keledek kari berudang..cam pelik jer bunyinya kan...hehe..tapi keenakannya mmg menepati selera. Sebenarnya, dah buat pun minggu lepas. Oleh kerana keledek merah msh berbaki, sayang pulak tak dihabiskan. Jadi, dyg masaklah lagi menu yg sama. Nak buat puding, malas pulak..


Oklah, layan jelah dulu resepinya. Kalau berminat, bolehlah cuba. Semoga kena dgn citarasa. Lauk2 lain akan menyusul kemudian, InsyaAllah.

Keledek Tumis Kari Berudang


Bahan-bahan:

  • 200 g keledek merah (dikupas dan dipotong ikut suka tetapi jangan terlalu tebal)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong)
  • 100 g udang basah (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
  • 2 sk serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sk serbuk cili (dibancuh bersama serbuk kari) - optional
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • sedikit garam 
  • sedikit kicap manis
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. (kalau nak letak 2-3 helai daun kari pun boleh).
  2. Masukkan bancuhan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga separuh lembut.
  4. Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit kicap manis.
  6. Setelah masak, bolehlah angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.

4 comments:

HALAMANKU said...

Salam kak Dayang.. dah sihat.. Alhamdulillah..lama betul erma x lepak n wat kacau kat dapo akakni... mmm memang x pernah rasa n jumpa menuni.. kalu lemak pucuk manis + keledek.. pernah... nampak sedap.. nak rasa..he he he

Sheherazade said...

salam :)

waaa,tak pernah jumpe resipi ni...amazing

DjDayang Jack said...

@HALAMANKU

w'salam erma...

lm x dgr khbr..akak sht alhamdulillah..hrp2 erma pun sht juga. kalaulah skrin boleh tembus makanan, boleh jer akak bg erma rasa keledek ni...hehe...resepi ni mmg sedap tau, akak siap ratah lagi...hehe

DjDayang Jack said...

@Peri PiA

salam...

tq sudi komen...hehe..tu ler psl..resepi spontan jer tp mmg boleh tahanlah sedapnya... ;)