Thursday, October 28, 2010

Kastard Jeli Pandan


Malam ni layan jelah dessert yg ada ni ek. Resepi asalnya adalah kastard jeli perisa strawberi cuma dyg edit sikit je tang bahan2nya tu. Oleh kerana tak ada stok jeli strawberi tu, dyg gantikan dgn jeli perisa pandan. Boleh tahan gak sedapnya. Nyaman je rasa  anak tekak walaupun di tempat dyg ni sentiasa sejuk..huhu. Kalau nak try resepi asal, bolehlah rujuk di SINI



Kastard Jeli Pandan


Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa Pandan (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2-3 sb tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
  • 1 sb mentega 
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat. 
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian (seelok2nya gunakan bekas/cawan kecik) . Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/kastard-jeli.html#ixzz13fAOcZCh
Under Creative Commons License: Attribution

3 comments:

Sheherazade said...

nice desert :),mcm tersa sejuk2 manis2 nya

DjDayang Jack said...

@Peri PiA

thanks...dessert mcm ni mmg sedap dan rasa berbaloi2....hehe

DjDayang Jack said...

@~K Ham~

evening, kak..hehe...dessert ni dah habis ler kak...nanti2 akak buat ek.. :D