Friday, October 15, 2010

Daging Masak Hitam TMK



Salam....
Semalam tuan rumah tak berkesempatan nak update blog. Macam biasalah, busy sgt dgn urusan keluarga. Tapi tak apalah kan, yang penting, n3 tetap ada biarpun lambat update.

2 hari lepas, dyg teringin sgt nak merasa daging masak hitam dgn mencuba resepi Lina_pg. Dah berkali2 dok skodeng umah dia. Memang tak boleh tahanlah tengok menu daging hitam tu. Resepinya pun teramatlah mudah. Apalagi, dyg pun buatlah biarpun 'derhaka tidak sengaja' menggantikan rempah kurma kpd rempah beriani, sb rempah tu jelah yg ada selain rempah kari..pas tu cili boh terpaksa digantikan dgn cili giling.....sori yer Lina. Apa2pun rasanya tak jauh bezakan kan, Lina??...hehe.

Lepas masak, tak sabar lak nak makan dgn nasi panas. Memang menyelerakan! sampai menambah2 lak tu. Fuhh!!...berpeluh2 makan!!...memang berbaloilah cuba resepi nih...TQVM, Lina. Sedap resepi ni. Lain kali DJ guna rempah kurma atau rempah sup lak, ok. DJ cnp dulu resepinya di sini. TQ.


Daging Masak Hitam TMK
sumber : Lina_pg

Bahan Perap :
  • 1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari ) 
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( DJ guna rempah beriani)
  • 1 paket kari daging
  • 1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman***


Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 2-3 helai daun pandan ( simpul )
  • 3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang ) (DJ guna cili giling Puteri)
  • 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
  • kicap pekat 
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Minyak 
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
  6. Dah siap

12 comments:

Qiera d' Dapur said...

selamat pagi awal2 lagi dah nampak dayang masak daging masak hitam... amboi lajunya masak... nampak sangat meyelerakan..

izahdaut said...

masukk list masuk list...mmg tak tahan kalau kak dayang cakap best nih..rugi tak cube

fuzidss said...

salam.. memang terliur laa tengok ni

ima said...

salam dayang...tengok gambar tu pun dah terliur sangat...baca yg dayang tulis lg lah membuak2 nak cuba gak...anak2 mesti suka lauk ni.

dayang_jack said...

@Qiera d' Dapur

slmt tgh hari..hehe...pg td bz sket..pas update terus offline jap...daging masak itam ni mmg best tau...nk jemput mkn xleh tembus lak dr skrin...hehe. Tp InsyaAllah kalo cube resepi ni pasti x rugi...tq yer sudi singgah...

dayang_jack said...

@izahdaut

mmg x rugi dicube masakan nih..izah, lauk akak dh abis...buat byk2 tau..akak nk singgah nanti...hehe

dayang_jack said...

@fuzidss

w'salam..tq sudi melawat...resepi ni InsyaAllah menepati selera...cube jgn x cube...hehe

dayang_jack said...

@ima

w'salam...

tu ler psl...sedap lauk ni mmg kene lah dgn selera...yg bestnya xyah nk berebut2 dgn anak2 sb dia org ni x reti sgt mkn daging...ayam jer tau..hehe

lina_pg said...

salam DJ,dah buat eh dgg msk itam tuh..nmpk sedap sgt...kite pun gn cili giling puteri gak..tq ya dj

dayang_jack said...

@lina_pg

w'salam...

u're welcome...tq sudi share. mmg sedaplah resepi ni, lina. i likeeee!!

hisham said...

kak dayang,daging masak hitam ngan daging dendeng tu sama ker?

dayang_jack said...

@hisham

tak sama. Biasanya daging dendeng ni ambik masa sket nk buat. bila dh direbus, dihiris nipis dan digoreng 1/2 masak, lepas tu ditumbuk dulu sblm dimasak dgn bahan2 tumis yg lain.