Wednesday, October 27, 2010

Chiffon Cheesecake


Dalam bulan ni saja dah 4 kali buat kek chiffon ni. Rasa mcm jimat pulak beli cream cheese sb tak pakai banyak. Lagipun, senang nak buat. Tak perlu buat mcm biasa tu (Steam bath). Tak perlu nk risau kek tu masak ke tak. Kalau guna loyang chiffon InsyaAllah kek masak sekata dan naik gebu. Tetapi bergantung juga pada kesegaran telur. Kalau tak segar, hasilnya dah pasti mengecewakan....kalau dah kecewa, mmglah  rasa nak give up jer kan...hehe.


Resepi ni dyg olah mengikut sukatan sendiri dan selera anak tekak sendiri yer. Bahan2nya lebih kurang sama jer dgn resepi chiffon cheesecake yg ada dlm internet ni. So, jangan komplen yer kalau tak menepati selera. Bagi dyg, kek ni btl2 fit my taste. Tak spongy sgt dan tak creamy sgt. Payah nak explain sebenarnya, tp kalau nak tau kena cuba sendirilah kan...hehe.


Alhamdulillah....anak2 kata sedaappp!..lembut, gebu dan lemak2 manis gitu. Time dah nak masak tu, mmg best!..harum dan wangi jer baunya..semerbak satu rumah.



Chiffon Cheesecake

Bahan A :

  • 90 g cream cheese
  • 50 g butter
  • 80 ml susu segar
  • 2 sb jus oren
  • 100 g tepung gandum
  • 5 biji kuning telur gred A
Bahan B :
  • 5 biji putih telur gred A
  • secubit garam
  • 100 g gula kastor
  • 1/4 sk krim tartar
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 150-160C. 
  2. Bahan A (kecuali tepung dan telur) disatukan sekali di dalam periuk dan dicairkan hingga sebati dgn menggunakan whisk. Masak dgn kaedah double boil(sediakan kuali / periuk leper yg berisi air. Dan kemudian letakkan periuk yg berisi bahan2 A tadi di atasnya dan panaskan dgn api perlahan). Setelah masak, sejukkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
  4. Masukkan kuning telur dan kacau lagi secara perlahan-lahan hingga adunan betul2 sebati dan tak bergentel. (masih menggunakan whisk)
  5. Bahan B : Pukul putih telur hingga berbuih dan barulah dimasukkan garam, krim tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga gebu dan bertanduk. Jangan sampai overbeat.
  6. Satukan bahan B dgn bahan A tadi. Ratakan secara kaup balik dgn menggunakan rubber spatula.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 22 cm (tak perlu disapu mentega) dan goyang2kan sedikit loyang tersebut supaya adunannya sekata.
  8. Bakarlah selama 50 minit atau sehingga kek masak keperangan. (yang ni kena adjust sendiri mengikut jenis oven masing2. Memandangkan oven DJ ada masalah, DJ bakar dgn suhu 140C dulu selama 50 minit dan kemudian dinaikkan pula pd 160C utk selama 10-15 minit lagi)
  9. Setelah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang dan letak atas redai kek. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba!

18 comments:

izahdaut said...

kak dayang...masak bahan A tu kecuali tepung dengan telur kuning la kan..masuk list.nak try jugak.tapi kene beli creamcheese dulu..dah out of stock

Mas said...

nak try gak nanti, nampak sedapp tu...

dayang_jack said...

@izahdaut

thanks izah, akak dah edit. tgh mamai tadi...hahaha.

ok2...beli cream cheese dulu yer. nanti buat. akak pun akan buat lagi n lagi nanti ..hehe

selamat m'cube yer yang...

Am (Flora Heights) said...

kat umah mmg ada cheese ingat nk try gaklah.. cntik aje kek dayang tu..

LENDANUAR said...

salam kak dayang...hmmm tgk gambo jer pun dah tau cipon ni mmg best..ala senang kayta ..apa yg kak dayang buat mmg semuanya sedap..x rugi mcuba kan...

dayang_jack said...

@Mas

InsyaAllah sedap...selamat mencuba yer, mas
tq sudi singgah...

dayang_jack said...

@Am (Flora Heights)

Selamat mencube yer kak..hrp2 semuanya sukses yer...trm ksh sudi menjengah...

dayang_jack said...

@LENDANUAR

w'salam...

Alhamdulillah...mudah2anlah kan. mmg tak rugi pun mencube. ape salahnya. InsyaAllah sedap...

trm ksh byk2 sudi singgah

maz said...

tgk kek akak ni tetiba je trasa nk mncpon plak..hehe..cream cis pun ada lgi lam pti tu yg lebih ari tu..seru2 kak..hehe..

cek chun said...

menariknya kegebuan kek nih :D harus cuba.

K.Nor said...

dayang, bak la 1/2 loyang, dah lama tak mencipon nih :)

Ida Ddapur said...

nmpk gebuss & sedapp...ida pun nak cuba gak la nanti....TQ for sharing

dayang_jack said...

@maz

akak dah tiup dah seru pun semlm...hihi. Dah nk start projek tu ker? ;)

dayang_jack said...

@cek chun

InsyaAllah kek ni sedap lembut dan gebu. Slmt mencube! ;)

dayang_jack said...

@K.Nor

hehehe..tinggal loyang je tu kak..huhu. ala, akak kan terror buat..hehe

dayang_jack said...

@Ida Ddapur

silakan yer ida...semoga menepati selera. trm ksh sudi singgah... :)

My Fadelicious said...

sori..naik lri..x nampak post kat sini resipi hehehe

mama kifah said...

dayang, dayang sebut loyang khas unt kek cipon. ada ke loyang khas? camana ek? leh tak guna loyang biasa je?