Friday, August 20, 2010

Rendang Udang


Sesekali masak rendang udang memang berselera dibuatnya. Inilah salah satu menu berbuka semalam. Sedapnya mmg tak terkata dah...tak hirau dah dgn lauk2 lain..nasib baiklah dpt masuk tayangan amal...hehe. 


Rendang Udang 

bahan-bahan :
  • 1 kilo udang segar/udang galah (DJ guna udang biasa jer)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut
  • air asam jawa
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk kulit kayu manis
  • 1-2 senduk cili kisar
  • kerisik
  • santan secukupnya
  • gula melaka
  • garam

bahan-bahan kisar :
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 4-5 biji cili padi - optional
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar, serai dan daun kunyit hingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar, jintan manis dan kulit kayu manis. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang, sedikit santan, garam dan gula melaka. Kacau sebati hingga udang 1/2 masak.
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, air asam jawa dan lebihan santan. Kacau lagi tanpa henti.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik. Kacau hingga kering atau boleh juga masak berkuah.
  5. Hidangkan setelah masak.



0 comments: