Friday, August 20, 2010

Puding Austria

Resepi puding ni dyg salin dari sebuah majalah, kalau tak silaplah. Memang dah berkurun2 lamanya dyg simpan sebelum wujudnya blog ni lagi...hehe.. cuma tak ingat dari majalah mana, dyg editkan sedikit resepinya mengikut versi dan citarasa dyg. Tekstur puding ni adalah gabungan kek dan puding roti... dan lebih sedap dimakan setelah disejukkan. Untuk bahan-bahan hiasan kat atas tu, dyg guna campuran buah kurma, blueberry dan buah pic. Sedap tau resepi ni. Kalau ada eskrem kiwi, bubuh kat atas tu... pasti extra sedaaapp! Kalau sempat, nak buat lagilah lepas ni...

Puding Austria
Bahan-bahan :
  • 200 g buah-buahan campuran dlm tin yg telah disejatkan (ikut suka) - dyg guna pic, kurma dan blueberry
  • 1 sb minyak masak sayuran/ minyak jagung
  • 3 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
  • 80 g gula kastor
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb tepung naik sendiri
  • 40 g gajus goreng (ditumbuk atau dikisar) @ serbuk badam
  • 1 sb oatmeal
  • 125 ml susu segar
  • sedikit pewarna jika suka. (Dyg guna pes pandan 1/2 sk)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Lengserkan mangkuk kaserol dgn mentega (dyg guna yg berukuran 5'' x  9"). Ketepikan.
  2. Letakkan buah-buahan di dalam mangkuk kaserol.
  3. Pukul kuning telur dan 40 g gula hingga sebati (guna whisk shj). Masukkan oat, tepung, gajus/badam, susu, esen vanilla, pewarna dan minyak masak. Kacau lagi sebati.
  4. Di dlm mangkuk adunan yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 40 g gula. Pukul lagi hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan tepung tadi.
  5. Ratakan adunan di atas buah-buahan dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
  6. Setelah masak, sejukkan dulu. Kemudian, keluarkan puding dengan  menterbalikkannya.
  7. Hiaslah dgn topping kesukaan jika suka.

Sedaappp!


4 comments:

Sally said...

Dayang..Sally nak tanya..buah-buahan tu letak bawah sekali ya!..bukan campur dgn adunan kan?..pastu bila masak terbalikkan dan buah2 tu akan ada kat atas la ya?

dayang_jack said...

a'ah...letak bawah sekali...x perlu campur dgn adunan. Dah siap masak, dan tunggu sejuk jap, pastu terbalikkan. Itulah die punyer stail....hehe.

ShAhAnIm said...

cam best nih, masuk list la nanti leh cube... nak tanye, kuning telur n gula tu pukul ngan mixer or leh ngan wishk jer?

dayang_jack said...

InsyaAllah sedap...cube dulu yer. Kuning telur tu pukul dgn whisk jer. tq