Friday, August 13, 2010

Ayam Goreng Berempah (resepi IV)

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2-3 batang serai (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1-2 sb serbuk cili
  • 1/2 sb serbuk kunyit
  • 1-2 sb serbuk kari ayam
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 2 sb tepung jagung
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sb gula
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap selama 1 jam. Panaskan minyak utk goreng terendam. Gorenglah hingga masak keemasan.


5 comments:

LENDANUAR said...

salam kak dayang...resepi ni masuk list lenda jugak lah ye....tliur tu ..tgk gambo pun dah tau sedap....

Eliza said...

Dayang, sedapnya nampak..mesti cuba!

dayang_jack said...

@LENDANUAR

w'salam...selamat mencube yer lenda...slmt berbuka...tq

dayang_jack said...

@Eliza

mmg sedap ayam ni kak...slmt mencube yer..tq

Jamilaton Adlin said...

Askm, saya memang selalu buat ayam goreng berempah kegemaran anak2 nih. Tapi tak pernah taruk tpg jagung. Nanti saya cuba yg ada tepung jagung pula, nak tengok apa bezanya..