Thursday, July 22, 2010

Pandan Cheesecake

Dah masuk kali kedua buat kek ni. Baru kali ni dpt buat tayangan amal. Itupun baru teringat nak ambik gambar setelah dipotong...hehe. Cuma yg tak bestnya, dyg guna loyang besar, jadi kek ni nampak rendah sket. Tak per ler, yang penting sedap dan tak manis sgt. Seperti biasa, kat umah ni selalu jer ada topping coklat...maknanya setiap minggu ada ler kek coklat...hehe. So, lebihan topping yg tinggal sedikit tu dyg hiaskan kat ciskek ni. Lagilah bdk2 tu suka.


Resepi cnp dari rumah CMG. Resepi asal adalah kepunyaan RosJintanManis. Trm ksh kpd kedua2nya yang sememangnya pakar membuat kek dan roti.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 ml susu segar
  • 4 keping slice cheese (cheesedale)
  • 70 g mentega
  • 70 g gula halus
  • 70 g tepung gandum, diayak
  • 4 biji telur gred "B"
  • 1 camca teh pandan paste
  • Sedikit pewarna hijau
  • Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

4 comments:

izahdaut said...

sangat suka kek mcm ni..rasa cheese yg ringan dan lemak dan tak manis sangat..fewwiitt...makan tak puas nih...hehee

dayang_jack said...

@izahdaut

mmg pun...akak suka tengok anak2 makan ciskek ni..lagi puas rasanya..tapi xleh buat selalu...hehe...

CiK Nik @ keNek :) said...

kak dyg...tnya...naper kita kena bakar dlm bekas yg ada air?? umah saya ada 1 loyang jerk, mcm mana nk letak air...heheh,...klu kita bakar direct mcm tue jerk cmana??

dayang_jack said...

@CiK Nik @ keNek :)

kek keju perlu dibakar dgn kaedah steam bath utk mengelakkan ia cepat hangus. Dgn kaedah ni, ia akan masak dgn perlahan. Suhu pun tak lebih dari 160C. Bekas utk letak air tak semestinya berupa loyang kek. Bekas besar yg tahan panas pun boleh juga digunakan. Isi air panas di dlmnya dan letaklah loyang yg berisi adunan tu di atasnya. Seelok2nya guna 'spring foam tin'(boleh buka bahagian tepi) atau 'loose tin'(boleh buka di bahagian bawah) yg dibalut dgn kertas foil supaya air tak masuk. Dgn cara itu, kek senang nk dikeluarkan.

Kalau nak bakar direct tanpa steam bath pun boleh juga tetapi kena berhati2 dan kene pandai bermain dgn suhu. Kalau tak, kek ni cepat kering dan hangus. harap dapat bantu yer. tq.