Wednesday, July 28, 2010

Nasi Tomato Kukus

Salam....
Dah byk hari gak tak update blog nih...what to do..bzzz katakan...hehe. Terima kasihlah byk2 yer sb ada gak yg rajin datang ke sini walaupun tuan rumah tak ada. Komitmen terlalu banyak sehingga membataskan masa utk berada di sini. Harap tak berkecil hati yer jika mesej2 anda belum sempat lagi dijawab. 

Oklah, hari ni dyg nak kongsikan resepi nasi tomato kukus. Yang bestnya tentang nasi tomato ni ialah bila dah masak ia sebijik macam nasi/beras Basmathi padahal beras yg digunakan adalah beras biasa jer. Tetapi kena berhati2 gaklah tang sukatan airnya. Sesetengah beras tak boleh letak air banyak sgt, nanti jadi lembik. Sesetengah tu pulak kena bubuh lebih sket.

Dah byk kali gak dyg kukus nasi tomato ni. Kadang-kadang kalau rajin, dyg rendam dulu berasnya selama 3-4 jam. Kadang-kadang tu kukus terus jer. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Rasanya pun sedap dan wangi. Berminat nak cuba, silakan yer.

Nasi Tomato Kukus
  • 3 pot kecil beras biasa ( jika suka boleh juga direndam 3-4 jam) - DJ guna beras Cap Takraw
  • 80 ml susu cair
  • 3 cawan air (-/+)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • sedikit garam
  • 100 g puri tomato
Cara-cara :
  1. Beras dicuci bersih dan toskan. Kemudian kukuslah selama 15-20 minit.  (Lapikkan loyang pengukus dgn daun pisang jika suka).
  2. Sementara itu, tumis bawang merah, halia, bawang putih dan rempah hingga wangi. Masukkan puri tomato dan tumis lagi. Masukkan susu cair dan garam. Kacau hingga mendidih. 
  3. Tutupkan api dari pengukus tadi. Masukkan bahan2 tumis dan daun pandan ke dalam beras dan tuangkan air. Kacau perlahan-lahan dan biarkan ia serap selama 10-15 minit. Kemudian, kukuslah semula hinggga masak (air bergantung pada jenis beras). Cucuk2kan/lubang2kan di permukaan nasi dgn senduk kayu agar ia masak sekata.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama lauk2 sampingan. Selamat mencuba!
Kalau ada nasi tomato, wajib ada dalca sayur...barulah bestttt!!!...


1 comments:

Nur said...

salam DJ.
adusss... sedapnya
lagi2 kena dgn ayam masak merah
superb...

selamat berpuasa dan menjamu berbuka