Friday, July 09, 2010

Kek Cantik Marie


Salam...
Kepada Noorki yg meminta resepi kek Cantik Marie, akak kopipes resepinya dlm entri ini yer. Akak tak pasti noor dah jumpa ke belum resepi ni sebelum ni. Harap dapat membantu. Kepada yg berminat nak cuba resepi kek ini, silakan yer. Gambar kek ni adalah gambar lama. Gambar baru kena tunggu dulu...hehe. Selamat mencuba!

Bahan-bahan : loyang 7" x 7"
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm marjerin (mentega pun boleh)
  • 1/3 cawan milo
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan sedikit kepada 3/4 cawan)
  • biskut marie secukupnya
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2.
  2. Pukul marjerin/mentega dgn gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.
  4. Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata.
  5. Masukkan gula hitam (refer gambar atau kalau nak belajar buat sendiri boleh refer di sini) atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  8. Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit.
  9. Ulangi langkah 8 hingga habis. Untuk lapisan yang terakhir, x perlu letak biskut marie. Kemudian kukus lama sedikit selama 1 jam atau sehingga masak (tekan2 sedikit (tapi jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
**untuk resepi asal boleh rujuk di sini atau di myr.

5 comments:

Eliza said...

mmg cantiklah kek kukus marie ni..

jalilah_jy said...

salam

kebetulan sama lak N3 kita pasal kek nie..org sarawak lebih mahir tentang kek2 terutama kek2 kukus kalu musim raya..akak biasa raya di sri aman rumah mereka semua ada kek atas meja sampai 8-9 jenis sekali hidang..biskut sikit jer..masa akak dok sri aman 3 thn puas mkn2 kek kukus..best..terakhit kek proton saga..masa tu

Syida said...

wahhh...bestnyer! bahan2 dia pun xcomplicated sgt. Kena try ni. Tq..

dayang_jack said...

@jalilah_jy

salam kak...tq sudi tinggalkan jejak. Kek2 kukus Srwk ni mmg wajib ade 7-8 bijik stiap kali raya, dh jd tradisi katakan..hehe. skrg ni pun kek2 kukus ni dh jd popular kat semnjg...ramai gak yg terror buat...sebut jer proton saga tu terus tbayang2 kaler biru...hahaha...

dayang_jack said...

@Syida

mmg simple & senang je nk buat kek ni..sekadar utk mkn2 minum ptg, bolehlah...tp sedaappp!.. :)