Wednesday, July 21, 2010

Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Salam....
Apa khabar pengunjung2 setiaku??...dah lunch??..dah minum petang??...dah balik kerja??..hehe...byk tanya lak kan...apa2pun harap2 kesemuanya berada dlm keadaan sihat dan ceria sentiasa. Yang tak sihat tu rajin2lah makan ubat dan perbanyakkan rehat yer. Tuan rumah ni mcm tu lah, kalau sakit, mmg payah nak telan ubat, tak suka ubat2 ni...tapi nk buat mcm mana kan, mama kena sihat, kalau tak, anak2 siapa nak jaga dan siapa nak uruskan makan minum bdk2 ni dan juga suami...haa...kenalah jawab sendiri...hehe. 

Oklah...panjang lak sembang hari ni...terlebih ramah ler katakan...haa...jgn tak tau, tuan rumah ni sebenarnya suka pok pek pok pek...byk cakap, tak tau mana nk letak full stop...mcm versi Tengku Azura tu lah..hihik...tapi bl masuk bab2 menaip entri ni, kena kontrol sket...kang ada yg boring lak nanti baca content entah apa2...huhu...

Hari ni masak Kari Kepala Ikan dan sambal belacan jer. Sebenarnya lauk ni nak digandingkan dgn sotong sumbat tapi projek menyotong tu tpaksa dihentikan dulu sb tiba2 rasa malas pulak. Malam nantilah buat kalau rajin...hehe. Kari ikan ni pun dah cukup mengenyangkan. Bestnya dpt mkn ngn sambal belacan!...

Resepi kari kepala ikan rasa2 ramai yg dah tau kan...cuma versi dyg kali ni tak pakai santan jer ..lagipun tak ada stok lerr...hehe. Pun sedaapppp!...

Inilah resepinya mengikut versi dyg.

Bahan-bahan : tiada sukatan
  • Kepala ikan merah / jenahak
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • halia (dihiris)
  • halba campur
  • daun kari
  • serbuk kari ikan
  • sedikit cili kering kisar
  • air asam jawa
  • bendi
  • tomato
  • garam dan gula
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumiskan bawang2, halia, daun kari dan halba campur hingga terbit bau. Satukan serbuk kari dgn cili kering kisar dan bancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Barulah dimasukkan kepala ikan dan bendi. Kacau perlahan2. Tak perlu terbalikkan kepala ikan, cukup sekadar siramkan dgn kuahnya shj.
  3. Perasakan dgn gula dan garam. Kemudian masukkan air asam jawa dan tomato. 
  4. Hidangkan setelah masak.

2 comments:

Eliza said...

dayang, kari ni mamak style kan. sedap dan sihat tanpa lemak.

dayang_jack said...

@Eliza

ala2 mamak style ler gitu, cume dyg prefer guna kari ikan Adabi...hehe...dulu2 ingatkan kari kene buh santan tp bl x buh santan lagi sedap rasanya dan paling penting, sihat.....hehe..