Friday, June 25, 2010

Asam Pedas Kembong Rebus Bersama Nanas


Salam...

Hari ni tuan rumah masak lauk simple jer utk makan tengahari.  Mula2 plan nak masak nasi ayam tapi tak sempat sb dah terlebih tengahari...pagi tadi keluar jap carik pisang abu. Petang ni kalau rajin goreng pisang  pulak...hehe. So layan jer lah lauk serba ringkas ni dulu. Tak ada yg special. Lauk ikan, sayur campur, sambal belacan dan telur dadar mayonis. Itu jer lah. Tapi simple2 pun berselera gak...hehe. Lagipun, dah lama gak tak makan asam pedas favorite sedari kecik ni. Kalau ada terung asam dayak lagi best! Kalau tak ada, boleh guna nanas masam jer...hari2 makan pun tak jemu....masak pun tak mengambil masa yg lama selain jimat tenaga. Dapat lagi ikan kembong yg kecik2 tu memang sedaaappp!


Sedaaappp!

Bahan-bahan :
  • 10 ekor ikan segar (pilih yg kecil2)
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • hirisan nanas secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 1/2  liter air atau secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara : Didihkan air. Masukkan bahan-bahan tumbuk, cili, serbuk kunyit dan serai. Biarkan mendidih seketika. Kemudian, masukkan nanas, asam gelugur, garam dan gula. Masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali, barulah dimasukkan ikan dan masak lbh kurang 1 minit. Kemudian, tutupkan api dan tutupkan periuk. Biar ia merenih seketika sebelum dihidangkan.

2 comments:

ima said...

salam dayang...lauk ringkas cam gini ima suka,tambah2 lagi lengkap dgn set dia...sayur goreng,sambal belacan dan telur dadar bermayonis lagi...memang cukup menyelerakan...

dayang_jack said...

@ima

w'salam...mmg btl tu...tp kan dpt lauk sejenis ni pun dh cukup..x pandang dh lauk lain...mkn pun bertambah2 dibuatnya...hehe