Thursday, May 06, 2010

Nasi Lemak Kukus



Salam....

Dah banyak kali buat nasi lemak kukus. Baru sekarang dapat buat laporan....hehe. Sepatutnya pagi tadi  nak buat sambal udang sekali tetapi tak larat ler....kukus nasik lemak ni pun memakan masa. Start mengukusnya malam tadi sebelum tidur. Lepas tu rendam sampailah ke pagi. Tapi berbaloilah sb rasanya sungguh sedap, lebih sedap daripada tanak nasi lemak biasa. Hehe...macam biasa, tengahari tak berasaplah dapurku....



Semalam sempat skodeng dapur noya myr nun. Dyg ikut step dia. Cuma bahan2nya dyg add mengikut citarasa dyg. Apa2pun, to noya, thank you so much.

Jom layan resepi!!

Nasi Lemak Kukus
Sumber : noya myr

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
  • 5 cawan beras (DJ buat 3 cawan)
  • 2 biji pati santan (DJ guna santan kotak rendah lemak)
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu makan marjerin (DJ tambah)
  • 1/2 sudu makan gula (DJ tambah)
  • sedikit halia, bawang putih dan bawang merah - dicincang (DJ tambah)
Cara-cara
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. 
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. 
  3. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. 
  4. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada waktu pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama  direndam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

6 comments:

Love2cook Malaysia said...

Hi kak cayangggg! OMG Steamed Nasi Lemak looks seriously delicious lor! I feel so hungry right now...;)

Akak, tks for the comments ya! I've printed lots of Ur cake recipes too...will be doing them soon! hehe :D

DjDayang Jack said...

@♥LOVE2COOK♥

hai Love!...huhu...nasik lemak akak dh habis ler...sambal pun dh habis gak tu...minum teh tarik jer lah Love yer... :P :D

wah!..already printed ek??...hehe. Anyway, wishing u all the best of luck! i know u can do it..enjoy baking!... ;)

ain said...

salam dayang. kak ain ni. lamanya tak jengah dapur dayang. nk sikit ns lemak!!!

Unknown said...

Salam dayang...sedap tu nasi lemak kukus..makan kala hujan begini..Panas2..aromanya dh cukup memukau.Lagi satu kalau kena dgn paru goreng..pakai 2 pinggan x cukup beb!

Eliza said...

salam jumaat dayang...take care n nice weekend.

nurmisnan said...

kak DJ
sambalnya ada tak resepinya
nak cuba resepi lain2..