Wednesday, April 28, 2010

Udang Tumis Asam Keping



Hidangan hari ni selain ayam dan sayur petola rebus, dyg sempatlah memasak lauk udang kegemaran. Kali ni tumis2 gitu jer. Bahan-bahan pun tak perlu dikisar. Tapi masa menumis tu, harum semerbak satu rumah...hehe. Walaupun nampak ringkas jer cam dlm gambar, tapi sebenarnya, sedaaaapppppp! 


Ini resepinya utk rujukan bersama. Sila2lah cuba jika sudi. Setakat ni Alhamdulillah...semua masakan udang yg ada di dapur dyg sangat2 menepati selera keluarga. Nanti nak buat sate udang pulak ekk..tapi kena dapatkan udang galah dulu ler...hehe.

Resepi Udang Tumis Asam Keping

Bahan-bahan :
  • 400 g udang basah 
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 keping asam gelugur
  • 5-6 biji cili padi (diketuk)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tangkai daun kari
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit hirisan bunga kantan
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih selama 1 minit.
  2. Masukkan halia, daun kari, cili merah, cili padi dan serai. Tumis lagi selama 2-3 minit.
  3. Masukkan tomato, bunga kantan, asam gelugur, kicap, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata2.
  4. Kemudian barulah dimasukkan udang. Kacau hingga masak. Padamkan api.
  5. Hidangkan.


6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Dlm esbox ada gak udang....bole gak try resepi dayang nih!copy yer..halalkn k.atie salin resepi...

DjDayang Jack said...

@♥♥azatiesayang ♥♥
elok sgtlah tu kak...sesekali tukar selera ni best gak...InsyaAllah sedap...selamat mencube yer kak. tq

CT Delima said...

Salam DJ....maaf lama sgt k.ct x dtg kemari. apa pun k.ct suka dengan resepi baru dari DJ ni. sekali2 mencuba yang baru memang lah sedapkan.

Harap DJ sihat2 selalu ya..rindu sangat2 dgn kawan2 semua :)

Love2cook Malaysia said...

Hi dearie!!! hru doing??? missed U so much!

Love is back again! I've started baking in my new oven! muahaha! always think of U when it comes to baking! I will post more queries to U next time...hehe...;)

We went to Wangsa Maju 2 weeks back...passed Tesco Ampang...thought of U! :)

DjDayang Jack said...

@CT Delima
Salam k.CT. tq 4 visiting. Alhamdulillah, skrg ni DJ n seisi rumah dah sihat sepenuhnya. Hrp2 akak pun sht dan gembira sentiasa. Rindu kat akak tau.

DJ cepat jemu makan lauk yg sama, sb tu ler kene rajin tukar menu...yg penting, sedap....hehe

DjDayang Jack said...

@♥LOVE2COOK♥
hye Love. Welcome back!!!...missed u so much!..thanks 4 the visit ya.

Akak dh tgk built in oven tu. Very nice!!. The cake was nice too...hehe. Nanti rajin2lah membakar kek yer, Love. Don't worry, kat sini, ramai kwn cyber yg pandai n pakar buat kek, sama2lah kte bantu-membantu. Wishing u all the best of luck! take care then!.. :)