Sunday, April 18, 2010

Rendang Tok



Apa sahaja jenis masakan daging lembu ni dyg tak pernah tolak. Mesti suka. Tak kisahlah yg berkicap, masak merah, masak lemak cili api, berempah, kari, rendang dsbnya....semuanya dyg dah pernah cuba. Memang best!....

2 hari lepas, ingat tak dyg dok sibuk bangun pukul 4 pagi tu semata2 nak buat rendang Tok ni lah. Dah lama minat kat rendang masakan Perak ni. Inilah pertama kali tercapai niat nak memasaknya. Biasa makan yg org buat jer. Bila cuba2 sendiri....perghhhh!!!...sedapnyaaaaa!!!....Sekilo daging memang tak cukup...hehe.

Mencabar sungguh buat rendang nih!...tapi berbaloi2!!!

Resepi rendang Tok ada byk versi setelah dikajiselidik dlm internet. Kalau nak tengok kepelbagaian versinya, bolehlah google DI SINI atau DI SINI. Nanti senang2 dyg tulis resepinya di sini.

Update :

Actually, hari tu kan tuan rumah bukan stkt masak rendang Tok jer, tp lengkap sekali dgn nasi impit dan kuah kacang seperiuk. Itu yg amat2 meletihkan...huhu. Apa2pun yg bestnya...habis licin tak sampai satu hari....hehehe....anak2 pun boleh tahan...berselera sungguh makan nasi impit especially dgn kuah kacangnya....Alhamdulillah...tak rugi masak seperiuk.


Ok, dibawah ini dyg kongsikan resepi rendang mengikut sukatan bahan dan citarasa sendiri. Jika berminat nak cuba, silakan yer. Terima kasih.


Resepi Rendang Tok

Bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan cili kering kisar ( boleh tambah atau kurang ikut kepedasan cili)
  • 1 liter santan
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan gula pasir secukup rasa
  • sedikit isi kelapa - dibakar dan dihiris (tak letak sb tak ada stok)
  • sedikit kerisik 
  • sedikit hirisan daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
Bahan-bahan yang disangai dan ditumbuk halus:
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama bahan2 tumbuk selama 2 jam atau semalaman.
  2. Masukkan bahan perapan tadi ke dlm kuali atau periuk besar bersama air secukupnya. Masak dgn api perlahan sehingga empuk. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Serbuk kunyit dan serbuk cili dibancuh dgn sedikit air dan disatukan dgn cili kisar. Kemudian masukkan ke dalam bahan2 tumis tadi. Kacau dan biarkan ia betul2 pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan gaulkan rata2. Masukkan santan dan kerisik dan kacau tanpa henti dgn api perlahan. 
  5. Kemudian masukkan pula garam, gula melaka, gula pasir, daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa dan isi kelapa. Kacau lagi hingga kuahnya pekat atau kering. Ikutlah selera masing2.
  6. Hidangkan.

7 comments:

fuzidss said...

sedapnya ni

azimask said...

eiisshhh peveret nie.. tp tak penah buat.. emmmmm kak,... sebelum nie masuk tak penah anta komen.. nie nak ucap terima kasih kat aka sebab rajin letak resepi.. amat guna... tq kak dayang....

HALAMANKU said...

syedapnyer... nak mkn ngan nasi himpit hu hu hu tapi tang kerisek yang buat malas nak wat rendang he he he leh tak nak semangkuk... kakakku he he

DjDayang Jack said...

>>fuzidss

mmg mabeles tau. Walaupun nampak remeh sket nk wbuat tp hasilnya x menghampakan.. :D

>>miMiE

salam...tq yer mimie krn sudi tinggalkan jejak. jangan segan2 nk tinggalkan jejak di sini. pintu rmh ni sentiase tbuka 24 jam...hehe

akak pun suke rendang ni...kalau ade lemang n pulut lagilah x leh brenti makan... hehe.

>>erma

mmg sedap ni...kerisik tu buat byk2 pas tu simpan dlm bekas kedap udara. Tapi jgn ditumbuk selagi x digunakan. akak mcm tu lah... Tapi xpe, beli jer yg dh siap...cuma akak lbh rela buat sendiri...hehe

azimask said...

hihih bila la nak merasa masakan kak dayang nieh??? emmmm

DjDayang Jack said...

bila2 masa jer pun boleh...ape salahnya...hehe

Anonymous said...

Terima kasih puan...dah try. Rendang kerbau dan itik. Perkh. lazat....ilmu yang diberkati Allah. Anak-anak dan tetamu semua suka. Siap bawak balik kampung sekali. Abah dan mak pun suka.. Terima kasih. Alhamdulillah.