Sunday, March 07, 2010

Prosperity Burger

 Salam rinduuu.....

Satu hari tak jenguk blog sendiri rasa cam tak lengkap jer kerja seharianku...hehe. Nak wat mcm mana kan...busy  katakan....ni pun tengah masak, sempat pulak  mengepos n3 yg sepatutnya kena post mlm tadi. Alahai, asyik 'wrong timing' jer....huhu. Tak mengapalah, janji dapat publish kan...

Oklah, layan dulu apa yg ada ni. Prosperity burger sedap! Hari tu jeling-menjeling kat rumah Hana n Kak Jeni. Thanks for sharing this recipe...mmg sedap!....dayang tambah sos cili sikit pd sos lada hitam tu nak kasi lebih ummphh!!...hehe.
 Hana, akak CNP resepinya di sini eh. Hana tak jawab lagi akak dah say 'Thank You'....hehe.

Prosperity Burger
Source : k.jeni & hana
Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
  • 1 sudu besar sos cili (i added)
Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris. 

4 comments:

K.Nor said...

nak!!!! pebret k.nor tuh

dayang_jack said...

meh la kak....tgh ghajin ni...ekeke..

Eliza said...

sedapnya...meleleh air liur anak akak kalo tgk nih.bila lah akak nak merajin mcm awak eh?..

dayang_jack said...

rajin dan malas ni mcm air pasang surut kak Eliza oii...hehe...kdg2 kalo rajin, mcm2 benda nak makan...kalo malas, rasa tak lalu nk ke dapur...hehe...