Monday, March 15, 2010

Roti Kacang Panggang Berkeju


Kadang2 pening juga memikirkan nak masak apalah utk breakfast kan...takkanlah asyik2 nasi lemak, roti bakar, roti arab, scrambled egg, roti canai dan balik2 ulang benda yg sama...tak ker rasa boring gitu???...Sejujur2nyalah...setiap malam sebelum melelapkan mata, dyg mesti dok fikir esok paginya nak masak apa...pening juga tu...huhu.

Apa kata kita tukar menu ni sekali sekala...gerenti lepas ni nak buat lagi...hehe. Menu ni dyg dapat ilham dari sebuah majalah tahun lepas. Sangat sedap dan mengenyangkan!....



Bahan-bahan :
  • 6 keping roti sandwic
  • 2 biji telur
  • keju parut secukupnya
  • mentega secukupnya
  • 1 tin besar kacang panggang
  • sedikit daun oregano kering
  • 200 ml susu segar @ susu cair @ 200 ml air suam + 3 sb susu tepung
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara :
  1. Satukan susu, telur, garam dan lada sulah di dlm satu bekas. Sebatikan.
  2. Sapukan roti dgn mentega.
  3. Susun selapis  roti di dlm mangkuk kaserol dgn bahagian bermentega di atas. Siramkan sedikit adunan susu di atas roti.
  4. Taburkan sedikit keju di atasnya.
  5. Kemudian, tuangkan 1/2 tin kacang panggang dan ratakan.
  6. Susunkan lagi 2 keping roti. Ulangi proses sehingga disudahi dgn lapisan roti.
  7. Tuangkan adunan susu selebihnya ke atas permukaan roti tadi. Taburkan keju dan oregano.
  8. Bakar selama 30-40 minit pd suhu 180C.
  9. Hidangkan setelah masak.


Roti ni nak buat minum petang atau makan malam pun boleh...terpulanglah pada kehendak masing2.

Sedap dimakan panas2!...

2 comments:

fuzidss said...

bestnya ... ni nanti nak try ...:)

dayang_jack said...

mmg patut dicuba resepi ni....gud luck yer....tq