Sunday, March 07, 2010

Rendang Ayam Kerisik


Hari ni tersangatlah rajinnya memasak rendang ayam. Tapi kan hakikatnyaa....dah lama tak makan...hehe. Rendang ni adalah antara masakan yg paling digemari. Sedapnyaaaaa!.....rasa menyesal pulak buat 1/2 ekor. 

Kali ni buat ala kadar jer. Buat kering2 sket sekadar nak bagi kelainan. Biasa buat yg berkuah memandangkan hubby tak suka yg kering2 dan garing2 ni. (Nak tak nak dia kena ikut selera aku pulak kali ni. Habis gak tuu...hehe)  Apa2pun, dah namanya peminat rendang kan....apa2 jenis rendang pun dyg suka asalkan jgn rendang kambing udah ler...hehe...

Nak cuba resepi mudah ni, silakan yer. Resepi ikut citarasa sendiri.


Rendang Ayam Kerisik

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam XL(dipotong dan dibersihkan)
  • daun kunyit secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula melaka /gula pasir secukupnya
  • garam secukupnya
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
Bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurang)
Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan (kecuali kerisik) di dalam periuk/kuali besar. Masak hingga kuahnya pekat atau hingga ayam sudah 3/4 masak.
  2. Keluarkan ayam dan masukkan kerisik. Kacau tanpa henti hingga kuahnya hampir kering.
  3. Masukkan ayam semula. Gaulkan dan kacau lagi hingga kering.


4 comments:

CT Delima said...

Sekali sekala buat yang kering apa salahnya dayang. tapi kalau kat rumah k.ct suka yang basah2 sikit, baru lah laju jer habis :)

dayang_jack said...

betul3x!...hehe...tu ler pasal...selera tekak masing2 kan..hehe

fuzidss said...

yummy... makan dengan nasi lemak ni best ni

dayang_jack said...

rendang ni makan ngn ape pun ttp sedap...kalo ler ade pulut kuning...perghhh!....hehe