Saturday, March 13, 2010

Lala Tumis Tomyam



Dah lama tak masak lala. Hari ni dgn idea spontan mengikut stok yang ada, terjadilah resepi lala tumis tomyam bercili. Sesekali ubah selera mmg best!...Biasa buat lala bercili sb stail mcm tu sememangnya famili suka. Tapi kali ni, cuba buat stail gini...pun dia orang suka. Sedap sangat2! 


Tak larat nak cakap lagi....jom makan!! 

Meh layan resepinya di sini. Nak cuba, silakan yer.  Berbaloi tau!..Terima kasih atas kunjungan anda. Happy Holiday!!!....

Bahan-bahan :
  • 400 g lala (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 1 sb cili kering kisar
  • 1 kiub perencah tomyam
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 5-7 biji cili padi (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit hirisan daun ketumbar dan daun sup
  • cili merah (dihiris)
 Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, lengkuas dan bawang besar hingga terbit bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan perencah tomyam, sos tiram serta sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  3. Masukkan lala. Ratakan. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya (jika kurang masin boleh letak garam). Kacau lagi hingga masak. (jangan masak terlalu lama, nanti jadi liat pulak)
  4. Hidangkan panas2.

Sedaaaappp!

4 comments:

fuzidss said...

walla sedapnya kak ayu. Saya dah cuba resepi kerang akak tu...

K.Nor said...

eheemmm... :)

dayang_jack said...

>>fuzidss

resepi kerang mana satu lak ni eh??...hehe...kak ayu??....huhu kompius dh ni....

dayang_jack said...

>>K.Nor

masuk list, tau daahhh....ekeke...ehem2... :P