Friday, March 19, 2010

Hati Ayam Masak Kicap



Siapa suka makan hati ayam??...Jemputlah ke dapur dyg ni tolong2lah perhabiskan lauk yg satu ni sb hanya diriku seorang shj yg reti makan hati ayam ni. Banyak ni tau...ada lagi stoknya dlm esbok tu...tak larat rasanya makan sorang2...kalau ada geng barulah best kan...hehe

Hati ayam masak berkicap sememangnya dah menjadi kegemaran tuan rumah ni walaupun sekali sekala jer memasaknya. Sedap sangat2 dan mmg kenalah dgn citarasa. Jadi, di sini dyg tuliskan resepinya utk dikongsikan bersama dgn peminat2 hati ayam. Sila2lah mencubanya jika sudi. TQ krn sudi singgah...


Bahan-bahan :
  • 6 ketul hati ayam (dibersihkan dan direbus bersama sedikit garam)
  • 1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1/2 kiub pati ayam (dibancuh sedikit 1 sb air @ boleh guna stok ayam)
  • hirisan daun sup/daun ketumbar
 Cara-cara :
  1. Toskan hati yang sudah direbus dan gaulkan bersama serbuk lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 20 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga perang. Masukkan hati dan sedikit air. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih seketika.
  3. Kemudian masukkan kicap manis, sos tomato, bancuhan pati ayam serta cili padi. Boleh tambah garam dan gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan cili merah dan daun sup/daun ketumbar. Masak hingga kuahnya sedikit pekat. Tutupkan api dan gaul2kan dgn bawang besar. Hidangkan.
  5. Sedia utk dinikmati.

0 comments: