Tuesday, March 16, 2010

Daging Blackpepper



Salam....

Kawan2 dah makan ker belum?? Kalau belum, pergilah masak yer....rajin2kanlah diri ke dapur tuu...hehe. Hari ni DJ buat sup ayam dan sambal telur jer. Tu dah kira versi malas gak, tapi cukup menyelerakan....kalau rajin, nanti tayang menunya di sini. 

Yang ni pulak daging blackpepper yg dimasak mlm tadi. Memandangkan lauk ni banyak, DJ simpankan separuh dlm fridge. Hari ni cuma reheat kan shj. Betul tau, kalau makan daging stail gini memang wajib kena tambah nasik. Tu yang problemnya....faham-faham jer lah kan....hehe.


Resepinya teramatlah mudah kalau nak cuba. Cuma sukatan lada hitam tu bolehlah adjust mengikut tahap kepedasan masing-masing yer. Yang belum pernah mencuba masakan sebegini, cubalah sekali. Kalau sedap, buatlah lagi. Kalau nak tau, DJ adalah penggemar masakan blackpepper. Dah biasa masak...paling kurang 3 kali sebulan....hehe.

Bahan-bahan :
  • hirisan daging rebus secukupnya
  • lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • 1 sb sos tiram
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • sedikit hirisan kapsikum
  • 1 sb jus lemon
  • sedikit bancuhan tepung jagung (jika suka)
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dlm kuali. Tumis bawang besar  dan bawang putih hingga perang. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging dan juga kicap pekat. Kacau sebati. 
  4. Masukkan pula kapsikum, cili padi, kicap manis dan juga jus lemon. Kacau lagi. 
  5. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat.
  6. Hidangkan panas2 setelah masak.

4 comments:

FiDa@aMiDa said...

sedapnya...nanti bolehlah buat mudah dan ringkas resepinya..

fuzidss said...

Hitammya menawan sesangat

dayang_jack said...

>>FiDa@aMiDa

mmg sedap..bertambah2 nasik dibuatnya...hehe...nanti cube yer...tq

dayang_jack said...

>>fuzidss

thanks.....lepas makan gerenti bertambah manis wajahnya...hehe