Sunday, February 07, 2010

Udang Masak Merah (resepi III)




Hari ni masak udang lagi....tapi yang request ialah si Princess. Bukan kehendak mama dia...hehe. Kalau ikutkan, mmg tak nak masak udang pun. Tapi dah janji kenalah ditepati. Di samping lauk udang, lauk ayam masak lemak cili api pun ada. Lain2 ialah sayur dan sambal belacan.... tapi tak sempat nk ambik gambar semua sekali.

Udang masak merah ni mmg sedap sangat. Seronok tengok anak dan suami makan sampai licin....resepinya pun mudah dan main campak2 jer.

Nak cuba resepi ni, silakanlah yer. TQ.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang basah (dibersihkan)
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin/manis
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)

Cara-cara

  1. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
  2. Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.
  3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  4. Siap untuk dihidangkan.

2 comments:

HALAMANKU said...

mmm Syedapnyer... princes yang nipun nak he he he.. K.Dj masak aperpun syedap..

psst.. janhan luper erma nak juga he he he

dayang_jack said...

erma, nak kene osom ngn princess dulu baru dpt udang...hahaha....