Thursday, February 04, 2010

Sambal Ikan Bilis Garing


Sedap sangat makan sambal ikan bilis ni dengan nasi panas...krap krup krap krup!..siap tambah nasik lagi tu...jom makan!!

Sebelum tumis bahan, ikan bilis ni digoreng terlebih dahulu. Goreng betul2 garing, barulah sedap. Kalau nak travel jauh2 atau nak ke oversea ker undersea ker...heheh...bolehlah buat bekal sambal bilis ni. Tapi jangan buat sambal ikan bilis biasa tu, kang tak sampai ke destinasi sambal tu basi pulak. Yang stail macam ni ok sb sambalnya selain tak pakai santan atau susu cair, ia digoreng lama2 sikit atau sampai kering dan garing barulah digaul2kan dgn ikan bilis garing tadi. Ia boleh bertahan lama dan amat sesuailah dibuat bekal.

Bahan-bahan :
  • 100g ikan bilis (dibersihkan dan digoreng hingga garing)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • sedikit belacan bakar - tak letak pun ok
  • 5 sb cili kering kisar (boleh tambah atau kurang)
  • garam dan gula secukupnya
cara-cara : Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar sampai kering. Masukkan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaulkan sebentar.
***petua untuk menyedapkan sambal, tak perlu letak bawang putih dan kisar bahan2 dengan menggunakan sedikit minyak, bukannya air. Atau boleh juga ditumbuk/digiling hingga lumat. Selamat mencuba!

3 comments:

AZIAN said...

kawan dtg nak sepiring .....hehehe..

oshin68 said...

Sodap ni...nak buatlah ari ni...tq Dayang !!

dayang_jack said...

>>kak Azian : jom!...dah siap sepinggan ni...hehe

>>k.oshin68 : u're welcome...buat lebih sket tau...nanti kte dtg terjah...hehe